Wednesday, February 22, 2012

BILA CINTA (FULL)

 
Dalam hidup ini, banyak yang telah Qiara pelajari termasuklah melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya. Rasa terlalu payah untuk mengharungi detik itu namun apakan daya. Sudah tertulis bahawa jodohnya bukan bersama lelaki itu. Tahun berganti tahun, hati itu memang degil untuk melupakannya. Harith Iskandar… namamu tidak pernah luput dari ingatan ini. Hidup mesti di teruskan.
Qiara tersedar apabila bahunya di cuit. Shaqinah, teman sebiliknya memberi isyarat tangan ke hadapan. Dia menelan liur. Seluruh isi dewan memandangnya.
‘Ya ALLAH… macam mana boleh terlupa ni?,’ Qiara menggaru pipi sambil tersengih malu. Menutup rasa bersalah kerana lalai.
“Minah!! Datang ke depan sekarang!!!,” laung Qalif Azra kuat. Pantang benar dia bila ada freshie yang lalai ketika dia memberi taklimat. Sengihan Qiara terus hilang.
‘Amboi… sedap mulut kau panggil aku minah. Tunggu kau mamat,’ bentak Qiara dalam hati. Perlahan sahaja langkahnya menghampiri pengurus projek suai kenal itu. Harap muka saja kacak tapi budi bahasa hancur.
“Lajulah sikit jalan tu! Terkedek-kedek macam itik sekati!! Cepat sikit!! Lembab!!!,” berdesing telinga Qiara bila disindir. Darah merah mula menyerbu mukanya apabila ada yang ketawakannya. Dia merenung tajam muka Qalif.
‘Kau belum kenal lagi langit tu tinggi ke rendah!,’ gerutunya geram. Dadanya berombak ganas.
Qalif merenung gadis manis yang sedang melangkah ke arahnya dengan penuh kerinduan. Mungkin gadis itu telah lupa siapa dirinya tetapi tidak dia. Rindunya seakan gugur setelah dapat mengenalpasti pemilik nama yang menjadi igauannya beberapa jam tadi. Matanya tertancap pada wajah kemerah-merahan yang sudah berhenti dihadapannya.
“Awak tahu tak apa yang awak buat tadi?!,” Qalif meninggikan suara. Sengaja dia ingin menggertak Qiara. Dia ingin menguji keberanian Qiara. Adakah masih seperti dulu ataupun telah menjadi seorang yang lemah lembut.
“Awak nampak saya buat apa tadi?,” selamba saja muka yang ditayangkan kepada Qalif.
“Awak mengelamun tadi wahai puteri. Penat-penat saya membebel kat depan, awak pulak melongo saja kat belakang. Where’s your attention, my lady?,” Qalif bercekak pinggang. Mukanya sengaja di garangkan.
“Kalau dah nampak apa yang saya buat tadi, buat apa tanya lagi!!! Elok-elok ada mata tapi buat macam orang tak ada mata,” terdiam seluru isi dewan melihat keberanian Qiara melawan senior mereka.
Qalif bersorak gembira dalam hati. Langsung tidak terbekas di hati dengan sindiran Qiara.
You still my Qiara,’ Qalif mencerlungkan mata.
“Adab mendengar orang bercakap ialah memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dibicarakan bukannya mengelamun tanpa mendapat apa-apa input,” Qalif masih ingin berdebat dengan pujaan hatinya.
“Bercakap itu tidak salah tapi janganlah ulang isu yang sama sampai 5 kali. Awak jangan ingat saya tak bilang apa yang awak ucapkan Mr. Senior. I count it every minutes as you waste our time by talking the same topic. Kami kat sini dah faham. Cukuplah ulang dua atau tiga kali. Itu sudah cukup untuk mengingatkan kami. Tapi bila sudah melebihi had yang sepatutnya kami spent other time to the other topics that we don’t discuss yet, its too priceless for us to stay,” Qiara memandang tajam wajah Qalif yang sedang tersenyum. Meroyan apa mamat sekor ni? Tadi serius nak mampus, sekarang tersengih macam kerang busuk pulak.
“Qiara Fazira binti Haizrul Hanif, sekarang umur awak 19 tahun. Bukan budak 16 tahun yang saya kenali dulu. Tidak kiralah berapa banyak kali saya berpesan, take it positive. Dengar apa yang saya ucapkan walaupun hati awak tu rasa macam nak meletup sebab marahkan saya. Dan saya Qalif Azra bin Syafie Rahim berhak mendenda awak,” mendengar nama Qalif Azra, hati Qiara mula mendidih marah.
“Qalif ingat Qiara ni budak 16 tahun yang senang-senang Qalif nak mainkan dan nak perbodohkan Qiara?!!!,” meledak kemarahan Qiara. Qalif menekup matanya. Rakan-rakan mendapatkannya.
“Marah Qiara tak habis lagi, kini Qalif dah nak tambahkan lagi! Apa yang Qalif tak puas hati lagi?!!,” melengking suara Qiara.
“Qalif tak berniat…”
“You’re too much!!,” Qiara berlari keluar dari dewan. Dia tidak menghiraukan Qalif yang menjerit memanggilnya. Hatinya bernanah kembali.


   Qalif memakirkan kereta di belakang kereta ayahnya. Denyutan di mata masih terasa. Tumbukan Qiara masih berbisa malah keberaniannya tidak pernah luntur.
“Assalamualaikum,” Qalif merebahkan tubuh di atas sofa. Terdengar suara ibunya menjawab salam.
“Awal Qalif balik hari ni. Dah habis kelas ke?,” Qalif memandang ibunya.
“Ya ALLAH… kenapa dengan mata tu? Qalif bergaduh ke?,” belum sempat Qalif menjawab, soalan lain pula diterjah ibunya.
“Taklah, bu. Sikit saja lebam ni,” Qalif menyentuh matanya perlahan. Dia berdesis sakit.
“Habis tu kenapa?,” Puan Aziah membelek muka anaknya.
“Hadiah dari bakal menantu ibu,” berkerut muka Puan Aziah mendengar jawapan Qalif. Setahunya, Qalif tidak pernah rapat dengan mana-mana perempuan.
“Siapa?,”
“Qalif dah jumpa bidadari Qalif yang hilang dulu. Qalif dah jumpa,” Qalif tersenyum sendirian.
“Siapa?,” Puan Aziah menekan suara. Tidak puas hati selagi tidak tahu siapakah pujaan hati anak bujangnya ini.
“Qiara… Qiara Fazira. Ibu ingat lagi tak? Dia selalu tolong ibu dulu,” Puan Aziah memerah otak mengingati siapa gerangan yang di sebut Qalif.
“Qiara…,” sekali lagi nama itu meniti di bibir. Dia menguntum senyum. Wajah ayu anak Puan Haijah berlayar di mata tuanya.
“Kenapa dia bagi ‘ni’ kat mata Qalif? Dia marah pasal apa kat Qalif sampai lebam biji mata ni?,” Qalif tersenyum lagi.
“Kalau Qalif cerita kat ibu, ibu janji jangan marah kat Qalif ya?,” Puan Aziah mengangguk juga walaupun pelik dengan permintaan Qalif.
“Qiara marahkan Qalif sebab Qalif penyebab dia putus dengan kekasihnya. Tapi Qalif memang tak sengaja masa tu…,” Qalif menundukkan kepala. Malu untuk bercerita selanjutnya.
“Qalif buat apa?”
“Qalif…err…Qalif tercium bibir dia. Qalif tak sengaja. Qalif tersadung, kebetulan Qiara ada. Dia cuba tahan Qalif, tapi lain pula yang terjadi. Nak dijadikan al-kisah, pak we dia nampak,” merundum jatuh semangat Puan Aziahmendengar perkataan ‘tercium bibir’ dari mulut anaknya. Patutlah Qiara jarang dating ke rumahnya dahulu.
“Ibu dah janji tadi ibu takkan marah,” Qalif mengingatkan ibunya.
“Qalif nak jadikan Qiara isteri Qalif. Qalif serahkan pada ibu dan ayah,” Puan Aziah bersandar di sofa.
“Ibu tak kisah tapi Qalif…”
“Qalif akan kerja dengan ayah bila habis study. Ni tahun akhir Qalif bu. Qalif cintakan Qiara. Di hati Qalif hanya ada dia. Hanya Qiara yang Qalif mahu,” Puan Aziah merenung Qalif, ingin mendapatkan kepastian.
“Nantilah ibu bincang dengan ayah,”
Thanks ibu,” Qalif memeluk erat ibunya sambil tersenyum.
 Qalif pasti akan miliki Qiara. Qalif akan menangi hati Qiara. PASTI…


Qiara melajukan langkah ke kafetaria. Perutnya mula merembes asid yang memedihkan perut. Kerana tuntutan itulah, dia memberanikan diri pergi ke kafetaria itu keseorangan.
“Qaira!! Qaira!!,” Qiara menggeleng kepala. Entah mamat manalah yang memekik terlolong memanggil kekasih hati.
“Qaira… tunggu akulah sis!,” bahu Qiara ditepuk perlahan. Qiara menoleh memandang Fahirul Amin yang tercungap-cungap seperti tidak cukup oksigen.
“Kau panggil aku ke?,”
“Yalah. Takkan panggil orang lain pulak!,” tempelaknya. Dia berjalan disebelah Qiara.
“Habis tu yang kau panggil Qaira tu kenapa?,” Fahirul mengerut dahi.
“Aku hilang ingatan atau kau yang hilang ingatan? Nama kau kan Qaira. Takkan kau dah lupa nama kau kot,” meledak ketawa Qiara mendengar jawapan yang keluar dari mulut Fahirul.
“For your information, my name is Qiara. Q…I…A…R…A… Qiara. Not Qaira. Understood?,” Qiara mencari tempat kosong di dalam kafetaria. Dia memilih tempat di bahagian hujung kafetaria itu.
“Owh… ya ke? Misunderstanding betul aku ni,” Fahirul menggeleng kepala beberapa kali.
“Apalah kau ni. Okaylah. Aku nak pergi beli makanan. Lapar gila ni,” Qiara berlalu meninggalkan Fahirul setelah meletakkan beg di atas meja. Fahirul mengekorinya dari belakang.
                                                                                        

   Qalif melebarkan senyuman apabila terpandang buah hatinya yang sedang menjamu selera. Kehadiran seorang lelaki yang berkongsi meja dengan Qiara langsung tidak mengocak cemburunya.
“Boleh Qalif duduk kat sini?,” Qiara mengangkat muka. Dia memasamkan wajah bila terpandang Qalif  sedang berdiri di tepi meja. Pertanyaan Qalif tidak dijawab.
“Duduklah,” Fahirul tersenyum. Masih terbayang di mata peristiwa beberapa bulan yang lalu bila lelaki ini ditumbuk oleh Qiara. Dasyat betul.
Baru sahaja Qalif melabuhkan punggung, Qiara bangkit.
“Aku gerak dululah, Irul. Panaslah kat sini. Terbakar pulak aku nanti,” selamba sahaja Qiara menyindir Qalif. Hubungannya dengan Qalif langsung tiada tanda mahu reda dari kepanasan.
“Qaira… relaxlah,” Qiara mengangkat bahu. Malas untuk membetulkan sebutan namanya yang keluar dari mulut Fahirul.
“Qiara, Qalif minta maaf,” Qiara mendengus kasar. Dia ingin segera berlalu sebelum lahar kemarahannya melimpah keluar. Qalif mengejar Qiara. Reaksi mereka menarik perhatian siswa-siswi yang berada dalam kafetaria itu.
“Qiara… please…,” lengan Qiara di pegang lembut.
Let off my hand!!,” tegang suara Qiara.
“ kenapa dengan Qiara ni?,”
“What’s wrong with me? I should ask you what’s wrong with you? Qalif ni memang tak tahu malu!! Qalif memang sengaja nak kenakan Qiara, right? Qalif sengaja guna ibu dan ayah! Qalif tahu yang Qiara takkan tolak apa-apa kalau melibatkan ibu, ayah, umi dan walid. Qalif sengaja gunakan kelemahan Qiara. Qalif keterlaluan!!!,” tempik Qiara kuat. Biarpun lelaki ini sudah bergelar tunang, dia tidak kisah. Baginya, Qalif tidak harus di beri muka. Tidak semudah itu dia menerima Qalif.
“Qiara, biarkan yang dah lepas itu berlalu. Qalif cintakan Qiara. Dari dulu lagi memang Qalif cintakan Qiara,” Qiara terpana seketika. Dia cepat tersedar. Dia menyambung kembali langkahnya.
“Tak bolehkah Qiara maafkan Qalif?!!,” bergema suara Qalif dalam kafetaria itu.
“No. Never! Qiara takkan maafkan Qalif sampai bila-bila!!!,” Qiara nekad. Qlif terkedu. Dia memandang Qiara hingga tubuh itu hilang dari pandangannya.
‘Qiara tetap akan jadi milik Qalif,’ tekad Qalif dalam hati.


Maysara lemas. Gosip Qalif dan Qiara benar-benar membuatkan dia rasa tercabar. Dari dulu lagi dia meminati Qalif namun sayangnya, cinta yang di hulurkan ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu. Sejak kehadiran Qiara Fazira, peluangnya untuk menghampiri Qalif begitu tipis. Qalif sentiasa mengejar gadis itu tanpa jemu. Sakit hatinya pada Qiara kian memuncak. Dia harus buat sesuatu sebelum Qiara dapat memiliki Qalif secara total. Dia tidak izinkan perkara itu berlaku. Qalif miliknya seorang. Tiada siapa yang dapat merampas Qalif darinya.
“Perempuan tu memang nak kena!,” bentaknya. Adila yang baru sahaja masuk terpinga-pinga.
“Kau ni kenapa May? Resah semacam aku tengok,” tegur Adila. Rimas dia melihat Maysara berjalan berulang-alik.
“Aku takkan biarkan Qalif terlepas ke tangan orang lain! Aku mesti kenakan perempuan tu cukup-cukup. Biar dia tak ganggu Qalif lagi,” Adila menggeleng kepala. Dia cukup masak dengan perangai Maysara. Dia pun tak tahu kenapa dia masih mampu kekal sebilik dengan minah kepala angin ni.
“Perempuan mana pulak kau nak serang kali ni?,” soal Adila ingin tahu.
“Junior course architect tu?,” soalnya lagi. Maysara tidak menjawab. Adila mengeluh perlahan. Dia tahu Maysara hanya tergila-gilakan harta Qalif. Dia sanggup buat apa saja untuk memiliki lelaki itu.
“Dia ingat senang-senang aku nak lepaskan Qalif. Hei… ini Maysaralah. Tunggulah kau Qiara. Nahas kau aku kerjakan!!!,” Maysara mencapai handbagnya dan berlalu keluar.
Dia tahu musuh tidak rasminya itu ada latihan tae-kwando petang ini. Hampir seminggu dia mengintip pergerakan Qiara. Dia akan buat sesuatu agar gadis itu menjauhi Qalif. Sesuatu yang akan membuat Qiara serik untuk berdamping dengan Qalif lagi selepas ini.


   Maysara menyorokkan diri di sebalik pintu. Dia tahu Qiara akan tiba setengah jam sebelum latihan bermula. Meleret senyumannya apabila ternampak Qiara sedang duduk di atas bangku. Sedaya yang mungkin dia memaniskan muka sebelu berjalan menghampiri Qiara.
“Hai,” Qiara berpaling. Dia tersenyum sedikit memandang tetamu yang tidak di undang itu.
“Hai… boleh saya bantu?,” Maysara memegang erat begnya.
“Err… belum start lagi ke?,”
“Belum. Lagi setengah jam. Akak nak join ke?,” Qiara cuba sedayanya untuk melayan Maysara. Rakan-rakan sekuliah ada bergosip tentang perempuan ini malah dia sering diberi amaran agar menjauhi perempuan ini atas sebab-sebab yang masih kabur untuknya fahami.
“Ooo… lambat lagi. Akak nak tengok saja. Tak sangka pulak kena menunggu. Err… awak ada air tak? Akak tak sempat nak minum air tadi,” Qiara mengangguk lantas berdiri. Tanpa disedari Qiara, Maysara juga ikut berdiri. Dia mengekori Qiara dari belakang.
“Qiara…,” Qiara menoleh. Dia tidak sempat bertindak apabila mata pisau terlebih dahulu menusuk perutnya.
‘ALLAH…,’ seru Qiara dalam hati. Dia rebah menahan sakit.
“ Inilah balasannya untuk orang yang berani menghapiri Qalif!,” Maysara tersenyum puas sebelum melarikan diri keluar dari pintu belakang meninggalkan Qiara yang bertarung melawan kesakitan. Mata Qiara mula kabur. Rasa sakit mula terasa di segenap tubuhnya.
“Ya ALLAH… anak aku!!!,” sayup-sayup di telinganya dia mendengar jeritan seseorang.
“Qalif!!! Cepat Qalif!!! Abang!!!,” 
Ibu…Qiara tersenyum sedikit bila dia dapat mengecam suara orang yang sedang meribanya.
“Qaira… kenapa ni sayang? Qalif!!!,” semakin kuat raungan Puan Aziah melihat keadaan Qiara. Baju putih yang dipakai Qiara mula dipenuhi darah.
“I…bu….s….sa…kit…bu…,” rintihan Qiara membuat Puan Aziah tidak keruan.
“Kenapa….,” Qalif memandang ibunya yang sedang memeluk Qiara.
“Qiara!!!,” Qalif mendapatkan Qiara yang di pangku ibunya. Kepala itu sudah terkulai layu. Pisau di perut Qaira di pandang.
“Qalif, angkat Qiara. Kita ke hospital,” Tuan Syafie cuba bertenang. Dia perlu bijak memainkan peranan tika itu. Qalif mencempung tubuh Qiara. Rakan-rakan Qiara yang baru tiba terkejut melihat keadaan Qiara yang berlumuran darah.
“Qiara… bangun sayang. Jangan takutkan Qalif…,” tubuh Qiara dipeluk. Pisau diperut Qiara sudah di cabut. Qalif menangis teresak-esak. Takut seandainya Qiara akan pergi meninggalkannya.


   Qalif memangku kepala di atas lutut. Resah dan risau melanda diri. Takut seandainya Qiara tidak dapat diselamatkan lagi.
Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes cubaan membunuh. Yang peliknya, tiada sebarang bukti yang menunjukkan pergelutan berlaku. Mungkin Qiara diserang oleh orang yang dikenali Qiara. Tapi siapa?
Pisau yang tertusuk di perut Qiara tadi sudah di ambil polis untuk mengesan cap jari suspek. Mungkin sekejap lagi keputusan akan keluar.
“Qalif takkan lepaskan orang yang cuba bunuh Qiara!! Qalif takkan lepaskan!!!,” dinding hospital  di tumbuk berulang kali. Dia tidak menghiraukan sakit di tangan. Tuan Syafie dan En. Hanif cuba menghalang tindakan luar sedar Qalif.
“Ingat ALLAH. Istighfar banyak-banyak. Bawa bersabar…,” belakang Qalif di gosok perlahan. Qalif meraupkan muka beberapa kali. Beristighfar berulang kali kerana gagal mengawal perasaannya tadi.
“Putri!!  Putri!!,” Semua mata memandang kea rah sepasang suami isteri yang di kawal ketat oleh pengawal peribadi dan polis.
“Kak, Putri mana? Mana anakanda Aisyah? Mana Putri?,” muka Puan Haijah di pegang. Air matanya bercucuran. Puan Haijah menggeleng kepala. Semakin kuat tangisan Raja Aisyah. Satu-satunya puteri yang di kandung kini sedang bertarung nyawa. Perasaannya tidak menentu sejak menerima panggilan telefon dari Puan Haijah tadi. Raja Razlan memegang bahu isterinya. Memujuk supaya bertenang.
“Putri… bonda datang sayang! Putri!!!,” Raja Aisyah cuba merempuh pintu bilik pembedahan namun sempat ditahan Raja Razlan.
“Aisyah… bertenang. Putri akan selamat. Insya-ALLAH,” tubuh isterinya di paluk erat. Mata Raja Razlan terpaku pada wajah muram Qalif.
“Kak, itu Qalifkan? Bakal menantu kami?,” Puan Haijah mengangguk. Dia turut melemparkan pandangan pada  tubuh Qalif.
Raja Razlan menghampiri Qalif setelah Raja Aisyah sudah bertenang.
“Qalif tahu siapa yang buat semua ni?,” Qalif menggeleng lemah. Kalau dia tahu senang untuknya menyerang kembali. Dia ingin membuka mulut bertanya siapa dan apakah hubungan mereka dengan Qiara namun dia terasa berat mulut untuk bertanya. Handphonenya berdering. Dia memandang skrin telefon sebelum menyambungkan talian.
“Hello… Qalif”
“Siapa ni?”
“Ni Adila. Kawan Maysara,” Qalif terdiam seketika. Kenapa pula dengan Maysara kali ini?
“Err… tadi May ada jumpa dengan Qiara”
“What?”
“Aku nak kau jumpa Qiara sekarang. Aku takut dia apa-apakan Qiara,” Qalif menelan liur. Dia tegak berdiri. Memang sah kerja Maysara.
“Mana perempuan tu sekarang? Maksud aku… Maysara,” darah Qalif mula mendidih. Maysara memang tersilap besar kalau benar dia yang menyerang Qiara. Memang silap besar.
“Dia tengah tidur dalam bilik”
Watch her! Jangan bagi dia pergi dari situ. Aku datang sekarang!!,” talian di matikan.
Dia berlari keluar. Dendamnya membara. Dia tidak akan membiarkan Maysara terlepas kali ini. Kereta di pecut selaju yang mungkin.
Raja Razlan mengekori dari belakang. Dia bimbang andainya Qalif bertindak di luar batasan.

                                                                                    
   Tangga asrama Delima dipanjat selaju mungkin. Dia sudah tidak pedulikan lagi peraturan yang melarang lelaki memasuki kawasan ini. Dalam kepalanya kini adalah Maysara. Dia akan ajar perempuan itu secukupnya. Siswi yang terserempak dengannya di tangga terkejut sakan.
“Mana dia?,” serius suara Qalif. Adila menunjukkan jari ke dalam bilik. Takut dia melihat wajah merah padam Qalif. Itulah kali pertama dia melihat Qalif seberang itu.
“Maysara!!!,” tengkingan Qalif mengejutkan lena Maysara. Terpisat-pisat dia bangun dari tidur. Dia memandang wajah Qalif.
“Hei…you buat apa kat sini Qalif?,” Maysara bangun. Dia tersenyum memandang Qalif.
“ Kau memang perempuan tak guna!!!,” satu tamparan kuat singgah di pipi Maysara.
“Kenapa dengan you ni?,” Maysara memegang pipinyayang terasa perit. Ni mesti pasal Qiara. Maysara mendengus dalam hati.
“Kau cuba bunuh Qiara kan?! Baik kau cakap!!!,”  bagai guruh suara Qalif. Rambut Maysara dicengkam kuat.
“Woi… sakitlah!!!,” Adila menelan liur memandang aksi ganas Qalif. Jika benar Maysara cuba bunuh Qiara, memang patut dia di tampar Qalif. Sayang benar Qalif pada Qiara. Mana tak sayangnya kalau dah melibatkan nyawa. Maysara memang keterlaluan. Melopong mulutnya memandang tetamu seterusnya. Dia menelan liur yang terasa pahit. Apa pula kaitannya ni?
“Lepaskan dia, Qalif!,” arah Raja Razlan tegas.
“Dia cuba bunuh Qiara. Qalif takkan lepaskan perempuan ni!,” sekali lagi pipi Maysara di tampar. Berdesing telinga Maysara di buatnya.
“Lepaskan dia. Biar ayahanda yang uruskan!,” Qalif akur akhirnya. Muka Maysara dipandang penuh amaran.
Sekali lagi Adila tersentak. Ayahanda? Qalif anak raja?
ISP Kamarul memanjangkan langkah bila terdengar kekecohan dari bilik Mutiara. Dia berhenti di hadapan Raja Razlan.
“Tuanku,” dia menunduk hormat. Dia mengalih pandang pada seorang perempuan yang terduduk di birai katil.
“Maysara binti Jazmi  anda di tahan kerana cubaan membunuh Puteri Nur Qiara Fazira binti Raja Razlan Alaudinsyah pada 25 September jam 4.45 petang tadi. Fatiha, tahan dia!,” Maysara terperanjat besar. Qiara anak raja? Dia cuba melarikan diri namun cubaannya gagal.
“Aku tak bunuh dia!! Aku tak bunuh dia!!!”
“Senyap!!!,” Maysara di bawa keluar. Banyak mata memandangnya.
“Terima kasih Kamarul,”
“Sudah tanggungjawab saya Tuanku. Saya minta diri dulu Tuanku,” Raja Razlan mengangguk. Dia memandang Qalif.
“Ayahanda tak nak tengok Qalif macam ni lagi,” bahu Qalif di tepuk beberapa kali.
“Apa hubungan ayahanda dengan Qiara?,” terlepas juga soalan itu dari mulutnya.
“Nanti ayahanda ceritakan. Kita ke hospital dulu. Bonda call, putri dah selamat,” terpancar sinar di wajah Qalif mendengar berita yang baru di sampaikan kepadanya tadi. Sejuta kesyukuran di panjatkan ke Hadrat Illahi.


   Jemari Qaira di kucup berulang kali. Setitis air mata lelakinya gugur melihat Qiara terbaring lesu di katil hospital. Wajah itu pucat seperti mayat. Qalif memandang Qiara. Pertama kali dia melihat Qiara tanpa tudung yamg melitupi rambutnya yang panjang mengurai. Kejelitaan Qiara tetap terserlah walaupun berada dalam keadaan sakit.
“Qalif takkan biarkan Qiara disakiti lagi. Cukuplah sekali Qalif terseksa melihat Qiara terbaring lesu begini. Qalif akan lindungi Qiara walaupun tika itu nyawa Qalif yang menjadi taruhan. Qalif rela asalkan senyuman di bibir Qiara tidak hilang,” Qalif menarik nafas panjang. Menghirup udara secukupnya agar dia dapat bernafas dengan normal.
“Siang dan malam, Qalif akan pastikan hanya nama Qalif saja yang akan disebut Qiara, bukan nama orang lain. Bukan nama Iskandar,” sambungnya lagi. Dia tidak peduli pada telinga yang mendengar. Semua itu sudah tidak penting. Malu juga sudah di buang jauh.
“Kita balik Qalif,” Qalif menggeleng kepala.
“Qalif nak jaga Qiara”
“Baliklah dulu. Qalif perlukan rehat. Biar bonda dan umi yang jaga Putri. Bila dah cukup rehat, Qalif datang semula kat sini,” giliran Raja Aisyah pula memujuknya. Qalif akur walaupun berat hati untuk melepaskan Qiara.
‘Qalif akan datang lagi. Tunggu Qalif ya sayang,’ pipi Qiara dipegang lembut sebelum malangkah pergi.


   Harith Iskandar mencapai surat khabar yang di belinya sebentar tadi. Sementara menunggu ibunya menyiapkan sarapan, sebaiknya dia mengisi masa dengan membaca isu-isu terkini. Dia membelek dahulu setiap helaian mencari tajuk yang menarik sebelum membaca keseluruhannya.
PUTERI MAHKOTA INDERA KAYANGAN DITIKAM,’ dia membaca dalam hati. Menarik. Puteri pun kena tikam juga? Macam manalah bodyguard dia buat kerja.

INDERA; Puteri Mahkota Indera Kayangan, Puteri Nur Qiara Fazira binti Raja Razlan Alaudinsyah anakanda bongsu Raja Razlan Alaudinsyah dan Raja Nur Aisyah ditemui dengan sebilah pisau di perut semasa menghadiri latihan tae-kwando. Puteri dikatakan diserang oleh Maysara binti Jazmi atas motif cemburu. Baginda Sultan…

Harith menyahut panggilan ibunya yang memanggil untuk bersarapan. Nama puteri itu bermain di kepala. Qiara Fazira… nama sama tapi tak ada Puteri Nur kat depan nama Qiara.
”Iskandar!”
“Ya mak! Is datang!,” surat khabar dilipat dan berlari anak ke dapur. Aroma nasi lemak menusuk ke rongga hidung. Kecur air liurnya. Cawan berisi air the di sisip.
“Pak Ngah Hanif bagi tahu semalam yang Qiara kena tikam,” hampir tersembur air yang diminumnya. Harith terbatuk kecil.
“Hai… sebut nama Qiara terus terbelahak!,” sindir Mak Timah sambil menjeling anaknya.
“Macam mana mak jumpa Pak Ngah?”
“Bukan mak yang jumpa. Along terserempak dengan dia minggu lepas. Dia bagi nombor telefon rumah. Kalau tak salah, berita pasal Qiara ada dalam surat khabar,” Harith mengerut kening.
“Berita pasal Puteri Mahkota Indera ada la kalau yang kena tikam,” jawabnya.
“Betullah tu. Qaira tu Puteri Mahkota. Dia tak suka duduk istana. Sebab tu dia buat keputusan untuk tinggal dengan Pak Ngah sekeluarga,” Harith terlopong.
“Kenapa mak tak bagitahu Is…,” Mak Timah menjuihkan bibir.
“Kau ingat mak tak tahu perangai buaya kau tu? Tak hingin mak serahkan Qiara pada kau,” tempelaknya.
“Itu dululah mak,”
“Dulu atau sekarang serupa saja. Mak tengok makin tua makin menjadi sikap kau tu. Kau tak payah nak masuk line. Qiara tu dah bertunang. Nak kahwin dah tak lama lagi,” Harith mengeluh lemah. Rasa kasih buat Qiara tidak pernah hilang walaupun dulu memang niat sebenarnya untuk mempermainkan perasaan gadis itu.
“Siapa tunang dia, mak?,”
“Qalif. Anak Mak Cik Aziah,” Harith mengerut dahi. Macam pernah dengar nama itu. Tapi di mana ya?
Peristiwa beberapa tahun yang lalu bermain di mata.
“Padanlah…,”
“Apa yang padan?,” Harith menggeleng kepala. Dia menyambung kembali sarapannya yang tergendala tadi. Moga berbahagia Puteriku…


   Sejambak mawar merah untuk Qiara dibawa bersama. Setelah berehat selama dua jam, Qalif kembali semula ke hospital. Tidak betah duduknya selagi tidak melihat sendiri perkembangan Qiara. Dua orang pengawal berjaga di pintu masuk wad.
‘Nasiblah Qalif. Bakal isteri Puteri Mahkota…,’ dia bermonolog dalam hati. Pengawal yang bernama Borhan tersenyum memandangnya sebelum pintu bilik dibuka.
‘Layanan pun bagus’
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam. Eh, Qalif. Kenapa tak rehat kat rumah?,” Qalif tunduk mencium tangan Raja Aisyah.
“Qalif nak jaga Qiara. Tak tenang kat rumah, bonda. Asyik fikir Qiara saja. Umi mana?,” Qalif melabuhkan punggung disebelah Qiara.
“Umi dah balik tadi. Pucat saja muka dia,” Qalif mengangguk.
“Bonda pun baliklah rehat. Biar Qalif yang jaga Qiara”
“Tapi…”
“Bonda jangan bimbang. Kalau ada apa-apa, Qalif akan call,” berat hati Raja Aisyah untuk meninggalkan puterinya. Namun dia masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan esok. Dia mengangguk perlahan.
“Bonda balik dulu sayang. Esok bonda datang lagi,” dahi dingin Qiara di kucup.
“I’m leaving. Give me a call if you need me, okay?,” Qalif tersenyum. Matanya mengekori langkah Raja Aisyah sehingga tubuh itu hilang di sebalik pintu.
“Sayang… Qalif datang. How are you right now? Better or not? I bring you roses. I know it’s your favorite flower. Take your time, darling. Rest your mind also your body. I want to see your smile when you wake up. Just your smile and your laugh. Do you hear me, honey?,” wajah Qiara dipandangnya tanpa jemu.
“Kalaulah Qalif dapat gantikan tempat Qiara…,” dia mengeluh perlahan. Kepalanya dilentokkan disebelah Qiara. Jemari Qiara digenggam erat. Dia terlena bersama angannya yang indah.


   Dua hari Qalif menemani Qiara di hospital dan selama itulah Qiara terlantar tidak sedarkan diri. Setelah selesai menunaikan solat subuh, Qalif membasahkan tuala untuk mengelap muka dan tangan Qiara.
Morning, princes. How are you today? Rasa segar tak? Air kat sini memang sejuk kalau pagi-pagi macam ni. Tapi, okaylah kan? Mana tahu boleh jadi terapi untuk sedarkan sayang. Betul tak?,” Qalif cuba menceriakan dirinya. Sudah dua hari. Langsung tiada tanda Qiara akan sedar.
“Bangunlah. Buka mata tu. Open your eyes. I miss to see your beautiful eyes. Please…,” rayunya. Dia mengeluh lagi.
‘Aku mesti kuat!,’ Qalif terus bercakap walaupun dia sedar Qiara tidak akan membalasnya. Adakalanya dia ketawa sendirian bila dia mengimbas kembali kenangan empat tahun lepas.


   Putera Mohd Danish Fakhrul duduk di samping buah hatinya. Langsung tiada tanda adiknya itu akan sedarkan diri. Dia bergegas pulang apabila di khabarkan Qiara di timpa kecelakaan. Puas dia bertanya kepada ayahandanya siapa yang menikam Qiara namun jawapan yang diberikan hanyalah kebisuan. Begitu jugalah reaksi mereka yang lain.
“Kau tahu siapa yang tikam Putri?,” soalnya kepada Putera Mohd Daniel Fazrul. Adik lelakinya memandang Fakhrul dengan muka berkerut.
“Kau yang sampai dulu dari aku, takkan kau tak tahu!,” tempelak Fazrul.
“Sebab aku tak tahulah aku tanya kau. Bonda dan ayahanda bukannya nak bagitahu. Diorang kata benda dah selesai. Tak payah di ungkitkan lagi. Sampai paper hari kejadian pun ayahanda tak bagi aku tengok,” Fazrul ketawa kecil.
“Aku ni bernasib baik sebab lebih cerdik dari kau!”
“Amboi-amboi…”
Sorry… just a joke!
“Masa sampai aku ada  risik pada Borhan. Dia cakap perempuan yang tikam Putri tu cemburu sebab Qalif pilih Putri. Bila Qalif dapat tahu, teruk perempuan tu kena belasah. Nasib baik ayahanda halang. Kalau tak… tak tahulah aku nasib perempuan tu,” Fakhrul mendengus marah.
“Kalau aku dapat perempuan tu, memang dah jadi arwah agaknya dia tu!!,” Fazrul mengepal tangan.
“A…bang…,” Fakhrul dan Fazrul memusatkan mata pada Qiara.
“Putri… Putri dah sedar? Rul… panggil doktor!,” Fazrul akur. Dia berlalu mendapatkan doktor yang merawat adiknya.
“ke..na..pa de..ngan Put..ri?”
“Putri tak ingat ke?” Qiara tidak menjawab. Kepalanya terasa berat.
“Putri nak tidur,” matanya di pejam rapat. Dia kembali terlena. Fakhrul hanya memandang. Dia mengangkat bahu. Biarlah Qiara berehat.


   Dua tahun sudah berlalu peristiwa yang hampir meragut nyawa Qiara. Maysara kini masih berada dalam tahanan polis. Sebelum ini, bukan Qiara sahaja yang hampir menjadi korban malah tiga orang perempuan lain juga pernah mengalami situasi yang sama seperti Qiara. Maysara bernasib baik kerana selama ini setiap kes yang dilaporkan kepada pihak polis ditarik balik oleh mangsa. Mungkin kerana mereka di ugut. Masalah itu sudah selesai, kini timbul pula masalah baru. Desakan keluarga untuk melihat dia kembali ke istana sebagai puteri di Raja cukup merimaskan. Selepas Qiara keluar dari wad dua tahun yang lepas, hinggalah sekarang ini, mereka tiadak putus asa memujuknya. Malah, kekandanya, Putera Mohd Danish Fakhrul bertindak menyamarkan diri menjadi salah seorang tenaga pengajar di universiti tempatnya belajar. Setiap hari memujuknya agar kembali ke istana.
Qalif pula satu lagi. Setiap hujung minggu pasti ada bunga mawar, kad dan hadiah yang dihantar kepada Qiara. Hampir penuh bilik Qiara dengan hadiah yang di hadiahkan Qalif. Kad-kad pula ditulis dengan ayat yang begitu puitis. Cair juga hati perempuannya saat membacanya.
Bonda dan ayahandanya pula satu lagi masalah. Mereka telah berpakat dengan umi, walid, ibu dan ayah untuk menyatukannya dengan Qalif dua bulan dari sekarang. Pening kepalanya memikirkan masalah yang sedang di hadapinya kini. Kiri kanan masalah berlumba-lumba untuk mendakap dirinya.
“Qiara Fazira, jumpa saya nanti. Urgent!,” tegas arahan yang diberikan.
Urgent kau hari-hari abang!,’ Qiara memasamkan muka.
“Bosan betul!,” tanpa sedar ayat itu meluncur laju dari mulutnya. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang. Dia meletakkan dahi di atas meja. Shaqinah menyiku lengannya. Qiara mematikan tubuh.


    Qiara melabuhkan punggung di sebelah jejaka tampan itu. Dia malas untuk bersemuka dengan abangnya itu. Namun, arahan tetap arahan.
“Putri sihat? Nampak moody je,” Qiara mengangkat bahu.
“Straight to the point, please,” dingin saja suaranya.
“You know it, sis,” Fakhrul merenung adik kesayangannya itu. Wajah mendung itu menarik simpatinya tapi tugas harus di laksanakan. Dia tidak mahu mengecewakan bondanya yang saban hari menunggu berita gembira darinya. Dia tersepit di tengah-tengah. Antara kehendak seorang ibu dan keinginan seorang adik. Kedua-duanya dia sayang.
“I won’t. I can’t. I can’t live with protocol. It’s too hard for me. I need a freedom. Free to do what I like to do. It’s not a small matter, abang. Understand me, please…,”
“Yes. I understand you, sweetie. But, for bonda, you need to scarify. Remember what was happen to you two years ago. Everybody worry about you. Pity bonda. She want you back home. She’s too old to worry about us. For the God sake, Putri. Back home please,” Qiara mendengus lembut. Duduk kampus, orang suruh balik istana. Balik kampung, umi dan walid pula menyuruhnya pulang. Semua tidak kena hidupnya. Pergi mana-mana pasti ada yang mengekori. Dia tahu walaupun abangnya tidak pernah memberitahunya tentang pengawal peribadi di upah mereka untuk mengawasinya dari jauh.
Fakhrul tahu dilema yang sedang dihadapi adiknya. Dia tidak akan berputus asa untuk memujuk satu-satunya adik perempuannya  itu pulang ke pangkuan keluarga.
“Nantilah putri fikirkan”
“Jangan hampakan kami, Putri,” Fakhrul mengusap lembut kepala adiknya yang bertudung litup.
“Putri nak walk around. Nak ikut tak?”
“Mestilah nak!,” pinggang adiknya dirangkul erat. Fakhrul tahu Qiara akan pulang jua tak lama lagi. Dia sudah rimas dengan situasi dimana ada siswi yang tergila-gilakannya. Tergedik sana tergedik sini. Menyampah betul!


   Qiara mengikut langkah kakinya. Fakhrul pula setia menemani. Setiap barang yang ingin di beli, Qiara akan bertanya kepadanya. Bila cadangan diberi, dia juga yang akan di kutuk habis-habisan. Pening kepalanya melayan kerenah Qiara.
Qiara mematikan langkah. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang bergandingan dengan seorang perempuan seksi. Minggu lepas dia terserempak dengan perempuan lain. Dua minggu lepas juga begitu. Dasar buaya darat betul! Hari ini dia takkan melarikan diri lagi. Sudah puas dia berlari. Hari ini biarlah tamat semuanya  kisah Qiara dan Harith Iskandar. Dia pasti! Cinta buat lelaki it sudah tiada. Lelaki itu kian mendekatinya. Fakhrul turut sama memerhati gelagat Qiara yang leka memerhati pasangan sejoli it. Perempuan itu tidak segan silu mencium pipi lelaki tampan itu di depan khalayak. Malu dia melihatnya.
“Qiara…,” Harith menelan liur. Dadanya berdebar semacam melihat wajah selamba Qiara.
Honeyyou kenal ke perempuan ni?,” sikap perempuan itu menjengkelkan Qiara. Harith tidak menjawab.
“Qiara… ini Is,” Qiara mengerutkan kening. Berpura-pura tidak kenal.
“Is? Is mana pulak? Saya kenal awak ke?,” Harith kecewa dengan reaksi Qiara.
“Iskandar. Harith Iskandar…,” Harith terlalu berharap agar Qiara mengingatinya. Qiara mengerutkan dahinya.
“Ooo… kau rupanya. Aku ingatkan dengan buaya mana aku jumpa ni. Rupa-rupanya buaya tembaga! Betul ke? Buaya darat kot…,” selamba sahaja Qiara menempelak Harith. Harith terkedu. Dia tidak marahkan gadis itu.
“Makwe kau ke?,” Harith mengangguk perlahan.
“Oh… I see
“Mana tunang Qiara?,” Qiara tidak menjawab.
“Hem…aku ada hal. Pergi dulu. Jom,” Qiara memaut lengan abangnya yang terpinga-pinga melihat drama sebabak itu. Harith mengekori langkah Qiara dan pasangannya dengan pandangan mata. Itu Qalifkah? Kenapa nampak lain macam saja?
Honey… you kenal ke perempuan tu?”
“Tak. Jom!,” Tina memuncungkan bibir. Geram kerana Harith melayannya sambil lewa setelah bertemu dengan perempuan itu malah dia kenal lelaki yang berada di sampingnya. Siapa yang tidak kenal Prof. Fakhrul yang menjadi kegilaan siswi di pusat pengajian tempatnya menceduk ilmu dan jejaka kacak. Hatinya dijentik rasa cemburu. Nanti kau Qiara!


Fakhrul memandang adiknya dengan curiga. Dia terasa semacam dengan reaksi yang ditunjukkan Qiara tadi.
“Siapa lelaki tadi?”
“Iskandar”
“Siapa?” Fakhrul menekan suara.
Ex-boy Putri,” Fakhrul mengangguk kelegaan setelah memastikan Qiara masih setia pada Qalif, tunangnya. Dia tidak mahu Qalif di duakan Qiara kerana dia tahu Qalif begitu menyayangi Qiara. Dia mahu jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Melihat Harith tadi, satu firasat negatif terlintas di hati.
“Putri masih sayangkan dia?,” sengaja fakhrul cuba untuk menguji hati Qiara.
“Siapa?”
“Iskandarlah…,” hidung Qiara di tarik kuat.
“Sakitlah!,” marahnya.
“Tahu pun sakit! Jawablah soalan abang tadi. Do you still love him?
“Tadi ya… tapi bila dah jumpa tadi, rasa cinta tu dah hilang. Putri pun satu. Dulu masa kawan Putri bagitahu yang si Is tu playboy, Putri tak percaya. Tapi, bila dah jumpa acap kali dengan perempuan yang berlainan barulah Putri percaya,” lega bila masalah tentang Harith sudah selesai. Biarlah lelaki itu dengan kehidupannya. Sampai masa dia akan sedar bahawa perangai buayanya itu akan memakan diri.
“Qalif pulak macam mana?”
I’ll try to love him. I’ll make sure that I can,” Qiara memaut erat lengan Fakhrul.
Honestly, I’m in love with him now. He’s so romantic, so caring, kind…”
“Sudah! Sudah! Melambung pujinya. Cair tahi telinga ni tau!!,” Qiara ketawa manja. Dia akan menyintai Qalif dengan setulus hatinya. Cinta Qalif begitu suci untuk di lukai. Dia yang buta dalam menilai cinta Qalif.


   Qiara khusyuk membaca sementara menunggu kehadiran Prof. Fakhrul, merangkap abangnya. Entah kenapa lambat pula dia masuk hari ini. Biasanya lima minit sebelum kelas dimulakan wajah abangnya itu sudah terjengul di depan pintu masuk. Dia malas bertanya. Pasti ada sebab kenapa Fakhrul datang lewat hari ini. Syaqinah disisinya sibuk ber’sms’. Fahirul pula mengambil peluang untuk bersembang dengan teman-teman yang lain. Entah apa yang di ceritakan sampai gamat kuliah ini dengan gelak tawa mereka. Tersentak Qiara apabila bukunya dirampas secara kasar. Qiara mengangkat muka memandang wajah orang yang kurang ajar itu.
“Hei, Qiara!!,” Qiara tergaman. Bala apa pula kali ini. Muka menyinga Tina membuat dirinya jelik. Nampak semakin hodoh pun ada juga. Malang betul Harith ada kekasih sepertinya.
Teman-teman sekuliah terkejut bila Qiara disergah kasar oleh Tina. Syaqinah bangun dan berdiri di sebelah Qiara. Fahirul merapati kedua orang temannya itu.
“Waalaikumsalam,” jawabnya selamba. Langsung dia tidak gentar berhadapan dengan Tina.
“Jangan berlagak alimlah sundal!!!,” berubah terus air muka Qiara. Belum pernah ada walau seorang yang menghinanya.
“Jaga sikit mulut kau tu, Tina!,” Fahirul membela Qiara. Jari telunjuknya lurus hampir mengenai batang hidung Tina.
It’s okay, Irul,” Qiara memegang jari Fahirul. Seulas senyuman dihulurkan agar suhu kemarahan Fahirul menurun.
“Kau nak apa sebenarnya?,” Wajah Tina dipandangnya. Dia cuba menahan sabar.
“Apa hubungan kau dengan Harith hah?!,” Qiara mengerut dahi. Apa kena mengena dirinya dengan Harith? Hubungan itu sudah lama putus. Untuk apa lagi dia mengungkit.
I’ve no any relationship with him. Fullstop!!,” Tina bercekak pinggang.
“Kalau tak ada kenapa kau menggatal dengan dia hah!!!,”
‘Sejak bila pula aku menggatal dengan buaya tu? Buta ke apa minah ni?,’ Qiara bermonolog dalam hati.
“Berani kau keluar dengan Prof. Fakhrul, Qiara!!!,” mata Qiara terarah pula pada sesusuk tubuh yang agak berisi berdiri dipintu masuk kuliah.
‘Apa kena mengena pulak abang dengan minah ni?,’ makin pening kepala Qiara memandang dua orang ‘masalah’ yang berhadapan dengannya bagaikan Hulk naik minyak.
Tina memandang Juwita. Dia tahu Juwita terlalu fanatik minatnya terhadap Prof. Fakhrul sehingga menyebarkan berita bahawa dia dan Prof. Fakhrul sedang berpacaran. Itu semua tidak penting. Yang penting sekarang ini, dia ada sokongan dari Juwita untuk menyerang Qiara.
“Oh…tak cukup seorang jantan, kau rembat jantan lain ya? Memang kau ni sundal!! Murahan!!!,” merah padam muka Qiara menahan kesabarannya yang kian tipis.
“Watch your mouth, Tina!!,”
“Aku bagi amaran pada kau, Qiara! Jauhi Prof. Fakhrul dan kekasih Tina. Kalau tak…”
“Kalau tak apa?,” pintas Qiara.
“Ini yang kau akan dapat!!” Terpana Qiara apabila dua biji tamparan hinggap pada kedua belah pipinya. Terasa berdesing telinganya. Jeritan Syaqinah dan Fahirul menariknya ke alam realiti. Qiara mengesat hujung bibirnya yang berdarah.
“What the hell is going on?!!,” Qiara memandang abangnya sambil tersenyum kecil. Tergopoh gapah Fakhrul berjalan menghampiri Qiara. Terkejut dia melihat Qiara ditampar tadi. Semangatnya melayang seketika.
“Are you okay, dear?,” pipi Qiara dipegang. Bekas tapak tangan jelas dipipi adiknya itu. Tina dan Juwita mencebirkan bibir.
“I’m okay. Don’t worry,” Fakhrul menggeleng kepala. Dia menyeka darah yang meleleh di tepi bibir Qiara. Dia merenung tajam wajah Tina dan Juwita.
“Fazrul!!!,” suara lantang Fakhrul memeranjatkan pelajarnya.
“Kenapa Fakhrul?,” mata Fazrul tertancap pada kulit muka adiknya yang merah.
“Hantar Putri balik istana, sekarang!,” tercengang masing-masing mendengar arahan Fakhrul. Putri?
“Kenapa dengan pipi Putri ni?,” soal Fazrul ingin tahu. Dia tahu ada benda yang tidak kena apabila melihat abangnya sedang menahan marah.
“Aku tak pernah sekali pun jentik Putri tapi hari ini, depan mata aku kau tampar dia!!”
“Apa?! Putri kena tampar?!! Apa hak kau nak tampar dia?!!!,” Fazrul mendengus kasar. Dia merenung kedua perempuan itu seperti ingin menelan hidup-hidup.
“Sudahlah abang. Lupakanlah…,” Qiara menarik lengan kedua abangnya. Fakhrul memekakkan telinga. Begitu juga dengan Fazrul. Dalam hal ini tiada tolak ansurnya lagi.
Juwita menelan liur. Abang? Prof. Fakhrul abang Qiara? Tina pula sudah ketar lutut.
“Basri!!! Pengawal!!!,” hampir sepuluh orang yang berpakaian serba hitam masuk ke dewan kuliah itu.
“Ampun Tuanku Putera…Puteri…,” Basri menundukkan wajah seketika.
“Failkan saman ke atas dua orang perempuan ini atas tuduhan mencederakan Puteri Mahkota Indera Kayangan, Puteri Nur Qiara Fazira binti Raja Razlan Alaudinsyah! Jangan lepaskan mereka! Faham?!”
“Patik faham Putera”
“Balik istana sekarang!,” pinggang Qiara dirangkul erat. Fazrul melangkah seiring dengan kedua abang dan adiknya.
Tina dan Juwita menangis kesal. Kali ini mereka silap mencari musuh. Kerana cemburu mereka menyerang Qiara. Kalau orang biasa ada ampunnya lagi tapi ini anak raja. Dia betul-betul menyesal.
Fahirul saling berpandangan dengan teman-temannya. Qiara anak raja? Puteri Mahkota? Sungguh mereka tidak percaya bahawa selama ini mereka berkawan bukan dengan calang-calang orang.


  Qiara menyepikan diri. Semua mata terarah padanya. Dia bagaikan seorang pesalah yang bakal dijatuhi hukuman. Pipinya digosok perlahan.
“Janganlah pandang Putri macam tu!,” protesnya tidak puas hati. Macamlah dia yang bersalah dalam hal ini.
“Ceritakan pada kami apa yang telah terjadi sebenarnya. Kenapa dua orang perempuan tu tampar Putri?,” Raja Aishah mula membuka mulut. Fakhrul yang duduk disebelah Qiara menyandarkan tubuh.
“Putri pun tak tahu. Tiba-tiba je dia serang Putri. Dia tanya apa hubungan Putri dengan Iskandar…”
“Siapa Iskandar?,” Raja Razlan mengerutkan dahi.
“Ex-boyfriend Putri. Abang Fakhrul ada jumpa dengan dia orang semalam. Putri tak tahu apa-apa. Dah lama Putri tak jumpa si Is tu. Kalau jumpa pun, Putri sembunyikan diri. Putri tak tahu motif apa dia serang Putri”
“Perempuan satu lagi tu?,” soal Fazrul pula.
“Yang tu satu lagi. Dia marah Putri jumpa dengan abang Fakhrul,” tercengang Fakhrul mendengarnya.
“Kalau tak salah Putri, dia ada sebar cerita yang abang ni kekasih dia. Mungkin sebab cemburu kot!,” Qiara ketawa kecil di ikuti keluarganya yang lain. Fakhrul menelan liur.
“Putri tak nak perempuan tu jadi kakak ipar Putri. Ingat tu abang!,” Qiara mencerlungkan mata.
“Siapa nak!!,”
“Sekarang ni masalah Putri pula. No matter what, you must stay at the palace start by now! No excuses!,” tegas Raja Razlan.
Okaylah. Putri surrender. I’ll stay…,” ujarnya malas. Raja Aisyah tersenyum puas. Semua anak-anaknya akan berada di hadapan mata.
“Macam nilah adik abang!,” kepala Qiara di gosok tapi cepat-cepat tangannya di tepis Qiara.
“Janganlah! Rosak tudung nanti. Apalah abang ni. Orang bagi flying-kick baru tahu!”
“Amboi… garangnya Putri bonda ni. Nak kick kita pulak. Kita kiss dia baru tahu!,” berderai tawa abang-abang Qiara melihat muncungnya. Ibu bapa mereka menggeleng kepala malah mereka turut sama tertawakan Qiara. Makin berserilah kediaman mereka selepas ini.

Dua bulan berlalu…

Perkahwinan Qiara dan Qalif berlangsung dengan penuh adat istiadat di Raja Indera. Hanya sekali lafaz sahaja Qiara sah menjadi milik Qalif. Di hati Qiara bertekad untuk menjadi seorang isteri yang solehah buat Qalif.
Kepenatan yang melanda dirinya langsung tidak dapat mengatasi rasa gembiranya. Malam ini adalah malam terakhir untuk acara kemuncak perkahwinannya.
Qalif tidak putus menerima ucapan tahniah daripada kaum kerabat Qiara. Alhamdulillah… mereka menerima kehadirannya dengan tangan terbuka. Jenuh dia melayan kerenah mereka. Nasib baik ada Fazrul yang setia menemaninya. Qalif meliarkan pandangan mencari isterinya. Dia belum berkesempatan berdua-duaan dengan Qiara. Tengku Hisham yang menyedari kelakuan Qalif menyiku sepupu yang berdiri disebelahnya. Dia tersengih nakal.
“Sabar Qalif. Tak lari gunung di kejar,” usiknya sambil tersenyum nakal. Bahu Qalif ditepuk perlahan. Qalif menggaru kepalanya. Malu kerana tertangkap.
“Bukan apa Qalif ni. Dia rindukan Putri. Maklumlah… dah berapa hari kita asingkan mereka. Berapa hari ya Jimi?,” Putera Armand mengangkat kening kepada Tengku Azimi. Tubuh Fazrul dan Tengku Hisham bergegar menahan tawa.

“Dua hari beb… kasihan…. Sabar ya Qalif. Tak lama lagi dapatlah tu!,” riuh suasana dengan gelak tawa mereka. Tersipu-sipu Qalif dibuatnya. Tak betul juga kerabat diraja ni. Nakal-nakal semuanya. Hilang semua protokol. Mereka nampak ringkas. Tidak terlalu menonjolkan diri.
“Apa yang you all gelakkan ni?,” Fakhrul yang baru tiba mula mencelah.
Nothing. Just men talk,” jawab Fazrul selamba. Fakhrul membulatkan mata.
“Habis… aku ni bukan lelaki?,” terburai tawa mereka dengan soalan Fakhrul.
“Kami usik si Qalif ni. Dari tadi terintai-intai cari bidadari dia. Kasihan…,” Tengku Hashim meleretkan suara.
“Kau sebut nama nama Qalif baru aku ingat. Jom Qalif! Majlis dah nak mula kejap lagi,” tangan Qalif diseretnya.
“Ha… cepat Qalif. Putri tunggu tu!,” giat mereka.
“Nak pergilah ni. Dah tak sabar ni,” mereka tergelak lagi.
Qalif berhenti di hadapan anak tangga terakhir. Kaku tubuhnya melihat Qiara yang anggun dengan gaun pengantin bewarna putih dan diiringi oleh bidadari kecil. Dia menatap wajah ayu itu tanpa rasa puas.
“Ehem…,” Qalif tersentak. Dia tersenyum malu memandang Fakhrul di sisinya. Qiara memaut erat lengan Qalif. Sempat Qalif mengambil peluang mencium pipi Qiara. Merona merah muka Qiara kerana ramai mata yang memandang aksi Qalif itu.
“Moga bahagia milik kita selamanya,” bisik Qalif ditelinga Qiara yang tertutup denagn tudung. Qiara mengangguk perlahan.
‘Qiara akan menyintai Qalif sehingga ke akhir hayat Qiara. I love you, hubby,’ muka Qalif ditatap seketika. Dia tersenyum bahagia.


                                                             TAMAT

No comments: