Wednesday, February 22, 2012

CINTA KITA -2


Bilik mesyuarat di APD kecoh tika itu setelah mendapat berita puteri bongsu hampir diculik siang tadi. Semua ahli berkumpul dibilik itu dan tidak terkecuali Danny dan Malissa, teman Danny ketika menuntut di luar negara. Tuan Rasyid selaku pengerusi sudah berkerut mukanya. Nasib baik puteri bongsu selamat. Kalau tidak, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Raja Khairul.
“Assalamualaikum,” salam yang diberikan dijawab serentak oleh ahli pasukan seramai 35 orang itu, tidak termasuk yang sedang bertugas tika ini bagi memastikan keselamatan puteri bongsu.
“Seperti yang kita sedia maklum, Puteri Risha hampir diculik di sekolahnya petang tadi. Di sini saya ingin Danny menerangkan apa yang telah berlaku. Danny, please,” Danny mengangguk. Dia akur.
“Puteri Risha diserang ketika dalam perjalanan ke tandas. Dia diserang oleh tiga orang lelaki yang berjaya diberkas tadi oleh APD. Lelaki yang menjadi ketua bernama Suzaki malip atau lebih dikenali sebagai Zaki Gorilla. Dia di upah oleh seseorang untuk menculik puteri dan sampai sekarang dia masih belum mendedahkan identiti orang yang mengupahnya. Dia pernah terlibat dalam cubaan menculik puteri pada bulan februari lepas tapi berjaya meloloskan diri. Dia kini bergiat aktif dalam penjualan dadah diseluruh Asia juga timur tengah dengan di bantu oleh Jacky seorang warganegara China yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Hong Kong. Ini gambar dia.,” semua mata terarah pada gambar yang terpapar pada skrin LCD.
“May I proceed?”
“Sure. Please,” Danny mengangguk.
“Dari maklumat yang saya dapat dari CIA, Jacky kini bergiat aktif dalam mengimport bahan-bahan terlarang ke luar negara tidak terkecuali dadah dan dagangan manusia. CIA sekarang menemui jalan buntu dalam menjejak Jacky,” Danny berhenti seketika. Dia menarik nafas seketika.
“Dua orang lelaki bersama Zaki tadi ialah orang kanan Zaki yang secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti haram itu. Seorang bernama Leman dan seorang lagi Manan. Yang menimbulkan syak pada kita semua ialah bagaimana mereka boleh lolos ke dalam kawasan sekolah sedangkan pengawal yang bertugas adalah salah seorang ahli kita iaitu Cif Azizi. Berdasarkan keterangannya, ketiga-tiga mereka diperkenalkan kepadanya sebagai kawan kepada En. Naim iaitu jurulatih tae-kwando sekolah. En. Naim diambil sebagai tenaga pengajar dua minggu yang lalu setelah En. Fikar meletakkan jawatan dengan tiba-tiba tanpa alasan yang kukuh. Persoalannya sekarang ni, apa hubungan En. Naim dengan ketiga-tiga mereka. Setakat itu saja maklumat yang saya dapat tuan,” Danny menundukkan kepala sebelum kembali ke tempatnya.
“Terima kasih Danny. Zarul, saya nak awak siasat maklumat peribadi En. Naim, Jacky dan En. Fikar. Jehan dan Hilman, saya tugaskan kamu untuk mengintip pergerakan En. Naim. Murad, awak pula cari dimana En. Fikar sekarang ni. Kumpul maklumat sebanyak yang mungkin. Yang lain, pastikan kamu juga menolong mereka dalam siasatan ni. Saya berani jamin jenayah ini pasti akan berlaku lagi. Danny dan Malissa, pastikan kamu sentiasa ada bersama Puteri Risha,” arah Tuan Rasyid tegas.
“Baik Tuan!”
“Mesyuarat di tangguhkan. Bersurai!,” semua ahli berdiri sebagai tanda hormat kepada Tuan Rasyid. Danny melepaskan nafas lega.
“Hei Danny, tadi aku dengar kau fight dengan Puteri Risha. Betul ke?,” sergahan Zamir memeranjatkan Danny. Dia tersengih panjang memandang kawan-kawannya itu. Memang sebarang berita tentangnya dan Puteri Risha takkan terlepas dari pengetahuan kawan-kawannya.
“Dan yang paling hot korang tau tak?,” suara serak basah mula menarik minat yang lain.
“Apa dia?,” Malissa mengangkat kening pada Danny yang sudah berkerut mukanya.
“Danny dan Puteri Risha kiss each other in unexpected incident,” serentak dengan itu bunyi sorakan memenuhi bilik kecil itu. Merah padam muka Danny menahan malu. Malissa memang tak boleh simpan rahsia langsung. Ada saja cerita untuk mengusiknya.
“Salah ke?,” soalnya selamba cuba menutup rasa malu.
“Eh, tak ingat. Memang tak salah pun,” Zarul pula menyampuk sambil ketawa kecil.
“Makin rapatlah hubungan kamu nanti.  Cepatlah bercucu Raja Khairul nanti,”  usik Murad pula menyampuk. Bukan dia tidak tahu hubungan Danny dengan Puteri Risha yang pantang bersua muka. Peperangan pasti akan berlaku antara mereka. Acap kali berlaku bila Puteri Risha pulang bercuti. Pasti akan ada benda yang pecah di Istana Damai. Nama saja Istana Damai tapi pasangan itu langsung tiada damainya. Puteri Risha memang alergik dengan Danny sejak Danny ditugaskan untuk mengajarnya cara-cara pertahankan diri malah menjadi makin teruk sejak majlis perkahwinan mereka dibuat tanpa persetujuan Puteri Risha. Makin beranginlah puteri bongsu itu setelah mengetahui pasangannya adalah musuh ketatnya. Semua sudah tahu akan hubungan dingin itu. Hanya Danny saja yang banyak bersabar dengan Puteri Risha. Semua ahli sudah tahu akan isi hati Danny walaupun Danny menafikannya. Soroklah ke benua manapun, Danny takkan mampu menyembunyikan rahsia hatinya. Hanya Puteri Risha yang masih belum mengetahuinya kerana rasa dendam sarat dalam dada gadis itu. Gadis? Yalah kot. Murad tersengih tiba-tiba.
“Apasal pulak dengan kau ni Murad? Tersengih tiba-tiba. Angau ke apa?,” tempelak Hamizan pada sahabatnya itu.
“Taklah. Aku teringatkan sesuatu pasal Danny dan Puteri Risha,” dia mengangkat kepala memandang Danny yang sudah berdiri.
“Tak habis-habis nak usik aku,” omel Danny perlahan namun masih jelas ditelinga teman-temannya. Bukan dia tak tahu telinga mereka bagaikan telinga lintah. Tajam sekali hingga mampu mendengar walaupun suara yang perlahan.
“Sudahlah kau orang! Aku nak baliklah. Layan kamu semua, satu habuk pun tak dapat!,” Danny mula panas punggung.
“Hek eleh, malulah tu!,” usik Malissa tadi.
“Kau bernasib baik tadi sebab aku, tau tak! Kalau bukan aku yang cari gaduh dengan Puteri tu, pasti kau takkan merasa ciumannya,” mengekek Malissa ketawa disertai yang lain. Danny menggeleng kepala melihat teman-teman sejawatnya.
“Malaslah layan korang. Aku chaw dulu,” luas langkahnya meninggalkan bilik itu. Tidak tahan di usik. Merah padam mukanya. Mereka bukannya boleh dilayan sangat. Otak mereka memang tak betul.
“Bini kau tak adalah kat rumah tu!,” laungan itu tidak dipedulikannya. Lagi dilayan, lagi lambat dia sampai ke rumah.
Nuril menongkat dagu di atas meja. Matanya tajam memandang papan putih yang penuh dengan nombor. Tidak tahu apa yang ingin di buat kerana dia sudah menyalin dan menyelesaikan semuanya. Dia membantutkan niat untuk memanggil Hamdan kerana musuh ketatnya betul-betul berada disebelahnya. Malang betul nasibnya. Nuril dilanda kebosanan yang melampau. Buku dihadapannya sudah beberapa kali di tilik. Dia mula melekapkan dahi dipermukaan meja.
“Nuril!,” pantas dia mengangkat kepala bila namanya dipanggil.
“Yes madam?”
“Have you done?,” soal Puan Lily yang mengajar subjek matematik tambahan.
“I’m done madam”
“Pass to me. Let me check it,” Nuril mengangkat punggung, berjalan menghampiri meja guru. Buku latihannya diletakkan di atas meja di hadapan Puan Lily.
“You may sit. I’ll call you when I’m done,” Nuril mengangguk. Dia berjalan kembali ke mejanya. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Haikal yang memandangnya sambil tersenyum.
“Honey,” panggil Haikal perlahan. Nuril memekakkan telinga. Hamdan pula mengerutkan dahi.
“Dear,” Haikal tidak mengalah. Hamdan makin mengerutkan dahi. Dia memandang Haikal dan Nuril silih berganti. Apa kena mereka ni?
“Nak penumbuk?,” sergah Nuril kasar. Semua mata memandangnya termasuk Puan Lily.
“Nuril?”
“Sorry madam,” Puan Lily mengangguk. Haikal tersenyum lebar kerana dapat mengenakan gadis itu. Mulut Nuril terkumat-kamit marahkan Haikal. Ada ubi ada batas!
Pintu bilik darjah diketuk beberapa kali. Kirana berdiri dimuka pintu sambil tersenyum. Nuril yang melihat makin diserbu angin taufan.
“Cikgu, Nuril dan Haikal dikehendaki pergi ke bilik kaunseling sekarang juga,” Nuril terlopong. Bilik kaunseling? Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Difikiran masing-masing terbayang aksi Nuril dan Haikal semalam.
“Nuril, Haikal, you may go,” Nuril menghembus nafas berat. Bala datang lagi! Bangsat kau Haikal!
“Wait for me honey,” Haikal cuba menyaingi langkah Nuril yang laju melangkah. Nuril menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan memandang Haikal tajam.
“Ni semua awak punya pasal tau tak! Kan tak pasal-pasal kena masuk bilik disiplin. Memalukan betul!,” Nuril mula meluahkan marahnya. Dia bercekak pinggang.
“Me? Why me?,” Haikal membuat muka tidak bersalah.
“Kalau awak tak muncul dalam sekolah ni, saya takkan dapat bala macam ni tau tak! Saya benci awak tau tak!! Kenapa awak dengan mak we awak tu tak habis-habis ganggu hidup saya!!,” Nuril menumbuk bertubi-tubi dada Haikal. Haikal hanya membiarkan saja tindakan Nuril. Dia malas menghalang.
“My girlfriend? Who?,” Haikal buat-buat tanya. Nuril menghentikan tumbukannya. Geram kerana Haikal sengaja menyakitkan hatinya.
“Si Kirana tu siapa?!! Sedap-sedap awak dengan dia berkasih, saya pulak yang jadi mangsa. Awak ingat seronok ke macam ni hah?,” merah padam mukanya.
“It’s sound like jealous. Are you jealous, my dear?,” Haikal mengangkat keningnya.
“Tak ingin saya nak cemburu sebab awak ngan dia. Buang karan je!,” nafinya.
“So, why you angry at me? Did I do something wrong to you dear?,” bahu Nuril di pegang namun di tepis kasar.
“Saya tak suka awak! Boleh tak awak pergi jauh dari hidup saya!!! Pergi jauh dari hidup saya!!!,” tubuh Haikal dipukulnya kembali.
“Puteri!,” Nuril menghentikan pukulannya. Dia memandang ke arah suara yang datang dari arah belakang. Hampir jatuh rahangnya saat terpandang wajah ketiga-tiga orang kekandanya.
“Apa yang Puteri buat pada Danny? Kenapa pukul dia?,” soal Putera Nizam tegas. Nuril memasamkan muka. Semua orang pertahankan si Danny ni. Menyampah betul aku!
“Apa yang kanda bertiga buat kat sini?,” Nuril tidak menjawab pertanyaan Putera Nizam malah dia mempersoalkan tentang kehadiran mereka bertiga ke sekolahnya.
“Puteri…,” Putera Nabil menghampiri adiknya yang bersandar di dinding bilik kaunseling.
“Puteri okay?,” sambungnya. Dia menilik tubuh adindanya itu dari atas ke bawah.
“Okay. Puteri belum mangkat lagi. Tak payahlah kanda bertiga risau,” tersentak semua yang ada di situ dengan bicara Nuril.
“Puteri! Awas bila bercakap dengan kanda macam tu!,” Putera Nizam mula meninggikan suara. Dia memang terkenal dengan sikap panas baran. Tapi panas barannya bertempat.
“Kenapa dengan Puteri ni? Puteri tak sihat ya?,” giliran Putera Naufal pula bersuara.
“Kenapa baru sekarang kanda bertiga ambil berat pasal Puteri? Kenapa tak dari dulu? Tak payahlah kanda bertiga ambil tahu pasal Puteri lagi. Puteri sihat ke, gering ke, semua tu dah tak ada maknanya lagi,” Nuril berpeluk tubuh.
“Kenapa makin lancang Puteri dalam berkata-kata? Ayahanda tak pernah didik Puteri jadi begini!”
“Semua salah Puteri! Puteri ni menyusahkan semua orang! Sampai hidup Puteri pun di aturkan oleh orang lain. Apa? Puteri ni tak ada hak untuk buat pilihan sendiri ke? Hina sangat ke Puteri ni?”
“Kenapa Puteri cakap macam tu sayang?,”Putera Naufal mengelus lembut rambut adindanya.
“Kalau Puteri cakap pun, kanda bertiga takkan cuba nak faham. Dari dulu lagi. Tak ada gunanya kalau Puteri cakap sekarang. Puteri pergi dulu!,” Nuril berlari pantas sambil menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir.
Putera Nabil mengeluh perlahan.
“Danny minta maaf bagi pihak Puteri, kanda,” Haikal menutur kata perlahan. Bimbang abang-abang iparnya terasa hati dengan kata-kata Nuril tadi.
“Tak apa Danny. Kami faham. Dia masih terasa hati dengan kami. Memang salah kami kerana tak pernah ambil tahu tentangnya. Tapi apa yang kami buat adalah untuk kebaikannya. Danny tolong jaga Puteri dengan baik ya,” bahu Haikal ditepuk Putera Nizam beberapa kali.
“InsyaALLAH kanda,” Haikal memandang wajah kekanda-kekanda iparnya yang bermuram durja. Terasa diri tidak berguna kerana tidak dapat mendidik isteri menjadi adik yang baik kepada abang-abangnya.
“Kami risaukan keselamatan Puteri. Kami takut kejadian semalam akan terjadi lagi. Buat masa ni, kami bercadang untuk berada di sini selagi keselamatan Puteri tidak memuaskan hati kami,” tutur Putera Nabil pula.
“Kanda jangan risau. Danny akan sentiasa ada disamping Puteri. Keselamatan Puteri dah menjadi tanggungjawab Danny,” Putera Nabil mengangguk faham.


~BERSAMBUNG~

No comments: