Wednesday, February 22, 2012

CINTA KITA -1

 


Nuril melangkah ke kelas dengan perasaan sebal. Bengang bila mengingatkan perempuan tak sedar diri itu. Harap muka saja yang lawa tapi hati hampeh. Mulutnya terkumat-kamit membebel tanpa butir bicara. Mukanya merah menyala kerana kemarahannya mula berada diparas 100°C. Tanpa sedar dia sudah jatuh di atas seseorang. Berkelip-kelip matanya melihat teman yang turut serta dalam aksi kuak lentangnya. Masing-masing kaku tidak bergerak.
“Ya ALLAH!,” jeritan seseorang menyedarkan keduanya. Nuril baru tersedar yang bibirnya menyapa hangat bibir lelaki itu. Mukanya mula memerah. Lebih merah dari tadi bila menyedari banyak mata yang memerhati mereka. Dia cepat-cepat bangun. Matanya masih merenung lelaki yang berdiri di hadapannya.
“What are you doing here?,” soal Nuril perlahan. Lelaki itu mengerut kepala.
“Korang okay ke?,” Syuhaidah menyoal. Dia tersenyum mengingatkan aksi mereka tadi. Pasti kecoh sekolah mereka nanti dengan cerita hangat ini.
“Nuril, kenalkan Haikal, new transfer dari SMK Bandar DiRaja. Dia sekelas dengan kita”
“What?!!!,” mulut Nuril terbuka luas. Dia menghembus nafas dengan kasar.
“What do you meant by what? Anything wrong if I’m in the same class with you?,” Nuril memasamkan muka.
“You already know the answer!,”dia berlalu ke dalam kelas begitu saja. Geramnya mula bertimpa-timpa. Patutlah minah senget tu pindah ke sini, rupa-rupanya mamat saleh ni pun berpindah ke sini. Mereka sengaja mencari gaduh dengannya. Elok-elok aku aman kat sekolah ni, datang pula bala yang selalu memeningkan kepala aku ni. Tak padan ke kat rumah saja sampai ke sini pun mereka jejak aku. Si Haikal sengaja cari pasal dengan aku. Nantilah kau!!

Nuril rancak bercakap dengan teman-temannya sementara menunggu jurulatih tae-kwando mereka. Rambutnya yang panjang di ikat satu.
“Nuril,” Zirah mencuit bahu Nuril.
“Apa?”
“Skandal kau tu. Dia pun join sekali ke?,” Nuril pantas berpaling melihat ke belakang. Haikal tersenyum padanya. Dia membalas dengan jelingan tajam.
“Hi guys. May I sit here?,” selamba  saja dia meminta izin tanpa mempedulikan riak muka Nuril.
Sure,” baru sahaja Nuril ingin membuka mulut, Firha terlebih dahulu memotong. Bertambah kelat mukanya. Haikal mengambil tempat di sebelah Nuril yang sedang kepanasan hatinya.
“Aku nak pi tandas jap!,” tanpa menunggu jawapan teman-temannya, Nuril terlebih dahulu bangkit dan berlalu. Teman-temannya berpandangan antara satu sama lain. Hairan mereka melihat telatah Nuril yang pantang bersua muka dengan Haikal. Adakah mereka telah saling mengenali?
“Hai cik adik manis,” sapaan itu memeranjatkan Nuril. Dia memerhati tiga orang lelaki di belakangnya. Mukanya berkerut seribu kerana dia pasti mereka bukanlah warga sekolahnya.
“Siapa kamu?,” soalnya garang.
“Wau, garangnya. Janganlah marah. Abang cuma nak temankan adik manis ni. Bolehkan?,” Nuril mengundur kebelakang bila mereka kian merapatinya.
“Stay away from me!,” jerit Nuril. Suaranya sedikit menggigil. Gerun dia melihat gelagat ketiga-tiganya. Macam mana mereka boleh masuk ke kawasan sekolah? Nuril meronta bila kedua tangannya dipegang oleh dua orang lelaki.
“Lepaskan aku! Lepaskan aku!!,” lelaki bertubuh gempal itu ketawa besar.
“Akhirnya dapat juga aku tangkap kau. Leman, bawa dia pergi!,” lelaki bernama Leman dan kawannya itu mengangguk.
“Let her go!,” Nuril memaku mata pada wajah Haikal. Dadanya mula tenang bila menatap wajah Haikal. Dia bergantung harap pada Haikal untuk menyelamatkannya. Tapi keraguan mula bercambah di hati. Malapetaka yang melandanya sekarang berlaku setelah kehadiran lelaki itu.
“Kau lagi!!,” jerkah Zaki.
“Leman, kau bawa budak tu pergi. Biar aku sudahkan jantan ni!,” Zaki tersenyum sinis memandang Haikal. Dia mengepal penumpuk. Kepalanya digoyang beberapa kali.
Mata Haikal mengekori tubuh Nuril yang dibawa pergi oleh dua orang teman lelaki itu. Haikal tersenyum tenang ke arah Zaki. Dia menegakkan badan menanti serangan Zaki. Haikal mengelak bila sepakan musuhnya hampir di kepalanya. Zaki mendengus geram bila sasarannya tidak kena. Dia menyerang lagi namun tindakan pantas Haikal cuba mengelak dari serangannya amat menyakitkan hati.
“Bangsat! Kau memang nak mati hari ni!,” Zaki mengeluarkan pisau. Dia cuba menikam di dada Haikal. Kali ini Haikal melawan. Tangan Zaki di pulas. Dia menghentak tangan pada leher Zaki. Serentak dengan itu Zaki jatuh. Pengsan. Haikal tersenyum sambil mengeleng kepala.
“You should learn more how to fight, buddy!,” Haikal berlari pantas untuk mendapatkan Nuril di belakang bangunan blok E. Langkah kakinya terhenti bila melihat Nuril melawan kedua-dua orang lelaki yang cuba membawanya pergi tadi. Sementara itu dia mengeluarkan satu alat dari poketnya dan menekan butang merah. Haikal pantas berlari bila Manan cuba menyerang Nuril dari belakang. Manan jatuh terlentang bila perutnya ditujah dengan sepakan Haikal.
“Aduh!!,” Leman mula berpeluh. Dia tiada daya lagi untuk menahan serangan dari Nuril. Dia menekan celah pahanya menahan rasa sakit bila di serang Nuril dibahagian itu.
“APD!!,” Haikal menghentikan tindakannya bila melihat sekumpulan anggota APD berlari mendapatkan mereka. Haikal mengangguk member persetujuan kepada anggotanya untuk melakukan tindakan seterusnya. Nuril tertunduk-tunduk menahan penat. APD adalah singkatan kepada Angkatan Pertahanan DiRaja yang ditubuhkan khas untuk melindungi kerabat diRaja yang diancam oleh musuh yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu dari pihak itu.
“Are you okay, honey?,” Nuril menjeling sebelum melangkah pergi. Haikal mengekorinya dari belakang.
“You need rest Risha!,” Nuril memekakkan telinga. Dia melangkah ke gelanggan futsal. Jurulatihnya telah tiba.
“Sorry sir. I’m late,” Nuril berdiri tegak di hadapan En. Naim menanti arahan. Teman-temannya yang lain kini sibuk berlatih. Matanya liar mencari pasangan latihannya.
“Tak apa Nuril. Erm… Hamdan tak hadir hari ni,” En. Naim memandang lelaki di sebelah Nuril.
“Jadi ini member kita yang baru ya. Haikal”
“Yes sir,” Haikal menyambut huluran tangan En. Naim sambil tersenyum.
Okay Nuril, hari ni awak berpasangan dengan Haikal. Do you mind, Haikal?,” Haikal menggeleng kepala.
“My pleasure,” Nuril mencebikkan bibir. Tengoklah kau. Aku akan lawan kau mati-matian!
Nuril dan Haikal saling berpandangan. Mereka mengambil tempat jauh sedikit dari teman-teman mereka.
“Apa motif awak?!,” soal Nuril serius. Haikal mengangkat bahu.
“You should mind your present here!,” Nuril mula membuka langkah. Seperti mana dia berlatih menyerang Haikal dikediamannya, begitulah dia menyerang Haikal.
“You so aggressive right now sweetie,” Haikal menghalang tumbukan dengan tangannya. Gilirannya pula menyerang Nuril.
“We make a deal!”
“Whats deal?”
“If I win, you should leave the school!!,”
“If I win?,” soal Haikal pula.
“You’ll stay!”
“Okay then!,” mereka mula serius dalam perlawanan. Teman-teman yang melihat mula menghentikan latihan dan memusatkan pandangan pada mereka. En. Naim terbutang mata melihat aksi mereka. Ilmu tae-kwando entah kemana lesapnya dalam diri Nuril. Batang kayu yang tersandar di pagar di capai Nuril. Haikal tidak mengalah. Dia mencapai penyapu di tangan En. Naim bagi mempertahankan diri. Serangan bertubi-tubi dari Haikal berjaya ditumpasnya. Dia tersenyum bangga. Tanpa sedar, kakinya sudah dipukul Haikal hingga dia jatuh melutut. Haikal menghunuskan hujung penyapu kepadanya.
“I win and I’ll stay!,” selamba sahaja ayat yang keluar dari mulut Haikal.
“Saya akan kalahkan awak satu hari nanti!!!,” jerit Nuril lantang.
“You can’t fight me. You still have learn more how to fight. And see, whose the teacher!,” sebuah senyuman manis terukir dibibirnya. Dia melangkah menghampiri En. Naim.
“I’m done, sir,” Haikal menunduk sedikit tubuhnya.
“We’ll wait Danny!!”
“Okay! I’ll wait for you Risha,” tenang saja lagaknya menyakitkan hati Nuril.
“You bastard!!”
“And you are my sweetheart. Don’t forget it, dear,” Haikal menaikkan jari telunjuknya sebagai isyarat agar Nuril tidak lupa apa yang dikatakannya. Haikal melangkah dengan bergaya. Kedua tangannya menjunam dalam poket seluar. Nuril mencabut kasut yang dipakainya lalu dilemparkan tepat ke kepala Haikal.
“Auch… it’s hurt honey!,” Haikal menggosok kepalanya berulang kali. Dia merenung tajam ke arah Nuril yang sedang tersenyum kemenangan.
“Honey, you’ll regret it!,” Nuril hanya menjelirkan lidah. Dia tidak peduli dengan amaran Haikal walau sedikit pun.
Zirah dan Firha mendapatkan Nuril yang sedang tersenyum seorang diri di tengah-tengah gelanggang.
“Oit Nuril!,” sergahan Zirah mematikan senyuman Nuril. Dia mengurut dada beberapa kali.
“Kamu ni tak boleh bagi salam ke Zirah? Buat terkejut aku je,” marahnya perlahan.
“Kau memang kenal ke dengan mamat tu? Siap berlawan tak ingat dunia,” Zirah tidak mempedulikan amarah Nuril. Dalam kepalanya kini sesak dengan pelbagai soalan yang membuak-buak inginkan jawapan dari Nuril.
“No comment!”
“Takkan dengan aku pun kau nak berahsia. C’mon la,” Zirah sudah melabuhkan punggung di  hadapan Nuril manakala Firha pula duduk disampingnya.
“Kawan lama aku,” jawabnya pendek.
“Ye ke? Habis tu kenapa dia panggil kau honeylah, sweetheartlah. Dia pak we kau ke?,” soalan Firha pula yang menggasaknya.
“Mamat tu? Pak we aku?,” Nuril menunding jari padanya sendiri sebelum ketawa kuat.
“Kau jangan buat lawak boleh tak? Jangan bagi aku gelak. Dah la STPM lagi sebulan. Kau jangan kasi ilmu aku lari boleh tak?,” Nuril terusan gelak tidak ingat dunia. Dia tidak menyedari En. Naim yang melihatnya dari jauh dengan pandangan tajam.


BERSAMBUNG

No comments: