Wednesday, February 22, 2012

UCAPKANLAH (2)



Esha memandang satu-persatu wajah lembaga pengarah di bawah naungannya. Selama ini memang dia berlembut. Menyerahkan semua tanggungjawab kepada mereka. Tapi adakah ini hasilnya? Memang tidak di nafikan mutu pekerjaan mereka bagus, tapi dimana sikap dan mengapa peraturan yang telah ditetapkan makin longgar. Sungguh dia berangin dengan semua itu.
“No one want to stand up and explain me what’s going on to the company? Hmm?” Esha masih menyimpan radangnya. Dia mengetuk jari di atas meja dan mereka sedar seandainya Esha mengetuk jari di atas meja, mood CEO mereka itu sudah di tahap kritikal. Ridzuan awal-awal lagi sudah menelefon Tengku Iskandar memaklumkan hal ini setelah Nadia memaklumkan akan kehadiran pemilik syarikat ini. Tengku Iskandar hanya menyuruh mereka bertenang walaupun dia sebenarnya turut terkejut dengan kehadiran mengejut itu. Masing-masing menahan debar.
“En. Ridzuan?” Ridzuan menelan liur. Mata Esha beralih pada wajah Norman.
“En. Norman?” masing-masing diam tidak terkutik bagaikan budak darjah satu yang takut dimarahi guru. Esha menghempas fail di atas meja. Berdentum bunyinya. Masing-masing tersentak.
“Sampai bila kamu nak berdiam diri?!!” jerkah Esha. Matanya liar memerhati setiap muka yang ada didalam bilik mesyuarat.
“Terangkan pada saya En. Norman macam mana peraturan syarikat ni jadi longgar? Terangkan pada saya En. Hakim, mengapa sikap pekerja-pekerja bawahan kamu menjadi begitu kurang ajar? Terangkan pada saya En. Lukman mengapa penyambut tetamu kita boleh bersantai-santai sambil menggilap kuku bila tetamu datang bertanya?” Esha mendengus kasar. Dia geram dengan keadaan itu kerana dia sendiri melaluinya. Siapa yang tak marah.
“Memang saya tak nafikan prestasi kerja kamu meningkat. Tapi saya kurang berpuas hati bila adab dan tatasusila dikalangan pekerja saya makin kurang. Dimana silapnya pentadbiran syarikat ini? En. Fakrul, dimana awak letakkan mata awak bila keadaan seperti ini berlaku? Awak jangan ingat saya tak tahu akan perjalanan syarikat ini. Ni, telinga saya ni berdesing bila saya pergi satu jamuan bersama ayahanda saya, mereka sibuk mengutuk tentang adab pekerja kita. Yang mereka salahkan adalah kita. Kita yang tak pandai mendidik pekerja kita. Tolonglah sensetif tentang perkara ni. Jaga nama baik syarikat ni. Jatuh bangun syarikat ni ada di tangan kamu. Pada siapa lagi saya nak letakkan kepercayaan saya kalau tidak pada kamu semua. Kalau macam nilah, syarikat kita boleh gulung tikar tau tak?!!” Esha mendengus kasar. Dia cuba bertenang.
Look, saya kalau boleh tak nak marah kamu semua kerana saya tahu semua ni bukan salah kamu. Tapi salah saya kerana tidak peka dengan situasi di syarikat ni,” Esha mula memperlahankan suara.
That’s not your fault, Tengku,” sampuk En, Ridzuan. Dia tidak suka bila CEO mereka itu menyalahkan diri sedangkan jelas mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Esha menggeleng kepala.
“En. Hakim, saya tahu awak dah cuba sebaik mungkin untuk membuat pekerja mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tapi semua yang terjadi bukan dalam kawalan awak. Saya faham itu. Jadi, saya nak awak serahkan senarai pekerja yang telah melanggar rules syarikat ni especially etika berpakaian. Yang lain saya tak nak tengok lagi. Take it now,” Hakim mengangguk. Dia segera berlalu.
“En. Norman, macam mana minah sarkas tu boleh masuk dalam syarikat ni?” Norman mengerut dahi. Minah sarkas? Siapa pula ni? Kepalanya digaru beberapa kali.
“Maksud Tengku?” Esha ketawa kecil. Mereka yang melihat sedikit lega melihat mood Esha telah berubah.
“En. Fakrul, siapa nama minah sarkas tu?”
“Salisa Rahman, Tengku,” Esha mengangguk.
So, En. Norman. Soalan sama. Macam mana Salisa Rahman boleh tersesat dalam syarikat ini?,” masing-masing terlopong mendengar nama panggilan itu. Mereka dapat menjangkakan Sally telah membuat onar dengan Esha tadi. Kalau tidak, takkan senang-senang Esha hendak menggelarkan orang dengan panggilan sebegitu. Esha yang mereka kenal amat menghormati sesiapa saja selagi seseorang itu tahu menghormatinya.
“Kami mengambilnya bekerja dengan kontrak selama dua tahun. Saya pun tak expect dia akan berubah begitu kerana pada dua bulan dia masuk ke sini, attitudenya selama ini amat baik sekali. Tapi selepas itu, dia terus berubah. Saya minta maaf Tengku di atas kelalaian saya,” Norman terasa begitu bersalah sekali kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk bosnya yang telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.
“It’s okay. Berapa lama lagi dia ada kat sini?” Esha ingin tahu semua itu bagi memudahkan kerjanya.
“Lagi tiga bulan Tengku,” Esha mengangguk lagi.
Okay then. I know what to do,” pintu bilik di buka. Hakim masuk lalu menghulurkan fail merah kepada Esha.
“Terima kasih En. Hakim,” Esha membelek seketika fail itu sebelum meletakkannya di atas meja.
“Saya tak nak marah kamu lama-lama. Nanti jadi nightmare pula. Kedatangan saya ni ada sebab lain sebenarnya,” Esha membuka beg bimbit yang di bawanya tadi. Dua sampul dikeluarkan.
“En. Ridzuan, sayang rasanya hendak saya lepaskan awak tapi saya terpaksa,” En. Ridzuan menelan liur. Ahli-ahli lembaga yang lain mula kecoh. Takkan En. Ridzuan kena pecat?
“Tahniah En. Ridzuan. Awak dinaikkan pangkat sebagai pengarah urusan anak syarikat kita yang baru di Kedah. Tahniah,” gema tepukan mula kedengaran di dalam bilik itu. Resah En. Ridzuan mula bertukar perasaan gembira kerana tidak sangka akan di naikkan pangkat.
“En. Fakrul, tahniah juga saya ucapkan. Awak akan ditukarkan ke Johor juga dengan jawatan Pengarah Urusan. Kedua-dua mereka akan mula bertugas 3 bulan dari sekarang,” sekali lagi tepukan gemuruh memenuhi ruang itu. Sekelip mata saja suasana bertukar.
“Bagi kekosongan yang akan ditinggalkan En. Ridzuan, saya akan umumkan kemudian. Bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa. Saya masih perlukan anda semua. Kamu tidak terpilih bukan bermakna kamu tidak layak, tapi khidmat kamu masih diperlukan di sini. Untuk pengetahuan semua, kita akan buka satu lagi cawangan di London. Semua itu masih dalam pantauan Puan Nadia sebagai pengarah pemasaran. Jika di izinkan Allah, kita akan buka lagi satu cawangan di Malaysia untuk Enginearing,” senyuman tidak lepas dari bibir Esha bila mengumumkan itu.
“Tahniah saya ucapkan kepada kamu semua kerana dengan keringat kamu, syarikat kita mampu berkembang di setiap ceruk Malaysia. Tahniah dan terima kasih,” Esha senang hati melihat keceriaan diwajah mereka.
After this Hakim, tolong panggil penyambut tetamu kat bawah tu. Suruh mereka jumpa saya immediately. No excuses,” arah Esha tegas sebelum bersurai. Dua hari selepas itu, En. Ridzuan membulatkan niat untuk menolak perlantikan itu kerana dia ingin berbakti pada Esha di syarikat ini dan tempatnya diganti oleh En. Lukman itupun selepas cadangan En. Ridzuan untuk memberikan jawatan itu kepada En. Norman ditolak bulat-bulat oleh En. Norman. Pening Esha dengan penolakan mereka. Nasib baik En. Lukman sedia berkhidmat di sana walaupun berat hati untuk meninggalkan syarikat ini. Walaupun En. Ridzuan menolak tawaran itu, gajinya tetap dinaikkan Esha. Fakrul pula meletakkan jawatan kerana malu dengan budi yang telah diberikan Esha padanya selama ini. Dia kini menyambung kembali kariernya sebagai guru biologi. Tempatnya diganti oleh Hariz, teman Esha sewaktu disekolah menengah dulu. Sally pula berada dalam pemantauan Esha sehingga dia menamatkan kontrak. Sally tidak mahu menyambung kembali kerjanya walaupun ditawarkan Esha kerana malu dengan perbuatannya kepada Esha hari itu. 

~Bersambung~

No comments: