Wednesday, February 22, 2012

UCAPKANLAH (1)

 

Esha mengemas mejanya yang berselerak dengan kertas kerja. Jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Pada Watie, setiausahanya, dia sudah menitipkan pesan supaya menundakan semua temujanji petang itu pada hari yang lain. Ini kerana ibunya awal-awal lagi sudah berpesan kepadanya supaya pulang awal ke rumah hari ini tanpa memberinya alasan yang munasabah. Puas dia berfikir tapi tak satu pun yang dirasakannya tepat. Dia sendiri tidak tahu kenapa ibunya seperti berahsia dengannya. Dia membimbit beg kerja dan tas tangan setelah meja siap dikemas. Pintu pejabat ditutup rapat.
“Watie, serahkan fail ni pada En. Ridzuan. Suruh dia tengok balik laporan tu. Betulkan apa yang saya tanda  dan minta dia serahkan pada saya esok,” Watie mencapai fail biru yang dihulurkan padanya.
“Baik Tengku,” dia membalas senyuman Esha. Bosnya itu memang tidak lekang dengan senyuman. Walaupun dia seorang CEO, Esha tidak pernah sombong dengan orang bawahannya. Dia sama sekali tidak menimbulkan jurang antaranya dengan orang bawahannya, tetapi orang bawahannya sering meletakkan jurang antara mereka. Puas dia berpesan pada mereka, tapi semua itu bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Akhirnya dia biarkan begitu saja. Yang penting prestasi yang ditunjukkan mereka amat memuaskan hatinya. Apa lagi yang dia perlukan lagi dari pekerja-pekerjanya selain semangat bekerja mereka.
“Pesan pada Pn. Nadia, laporan pasal projek RM50 juta tu, saya nak selewat-lewatnya pukul 2 esok. Sediakan juga meeting room esok. Inform semua pengurus, meeting esok pukul 3. Please come sharp on time. It’s clear, Watie?,” Esha mengangkat kening pada Watie yang tua 5 tahun darinya.
Clear, Tengku”
Good,” Esha mengangkat ibu jarinya.
Okay,Watie. Saya pergi dulu. Jangan nakal-nakal masa saya tak ada ya. Kalau ada panggilan urgent, sambungkan pada En. Ridzuan,” Watie mengangguk lagi. Diari ditangannya di tulis dengan laju. Lambaian Esha dibalasnya. Dia ketawa kecil melihat gaya Esha yang keanak-anakan. Bekerja dengan Esha senang sahaja. Dia pun tidak tertekan berbanding sebelumnya. Sebelum Esha masuk ke sini, Fakrul, bekas kekasih Esha yang meontadbir syarikat ini. Dia tiada masalah dengan Fakrul tetapi masalahnya timbul apabila salah seorang peminat Fakrul yang bernama Sally sering berlagak seperti seorang bos. Kedatangan Esha hari itu menggegarkan syarikat itu. Dia masih ingat akan hari itu.


Esha tercegat didepan pintu masuk bahagian pentadbiran sebelum ditegur oleh Sally. Penampilan Esha tika itu amat menarik hati sesiapa saja yang melihatnya.
“Apasal kau tercegat kat depan ni? Nak jadi bodyguard ke?,” sergah Sally sambil berpeluk tubuh. Dia memandang Esha dari atas ke bawah sambil menjuihkan bibir.
“Saya nak tanya, ada tak kerja kosong kat sini?,” soal Esha sambil memandang muka Sally dengan kerutan di dahi. Siapakah perempuan ini? Pakaiannya seakan tiada lagi stok kain dijual di kedai. Bahkan peraturan syarikat ini sudah menyatakan pakaian yang mendedahkan badan tidak sama sekali boleh dipakai kecuali mendapat izinnya.
“Kerja kosong? Mana resume kau? Aku nak tengok?,” Sally menghulurkan tangan dengan muka yang sinis. Rakan-rakan sepejabat tidak berani mencelah. Silap hari bulan, mereka pula yang kena sembur dengan Sally.
“Awak siapa nak tengok resume saya?,” Esha berlagak berani. Berubah terus muka Sally mendengar pertanyaan berani yang keluar dari mulut Esha.
“Kurang ajar kau budak! Berambus kau! Kat sini tak ada kerja untuk kau!,” merah menyala muka Sally kerana marahkannya.
“Siapa yang kurang ajar? Saya atau awak?,” Esha terus mempersoalkan tentang sikap Sally. En. Norman, minah manalah yang kau ambil ni? Memang nak kena basuh dengan aku betullah minah ni. Geram betul aku! Omel Esha dalam hati.
“Kenapa kau biadab sangat? Dahlah datang tempat orang, lepas tu buat perangai macam beruk sarkas!,” jerkah Sally. Rakan-rakannya sudah berpeluh melihat pertelingkahan lidah antara mereka. Dalam hati, mereka berharap Esha cepat-cepat beredar.
“Siapa yang jadi beruk sarkas sekarang ni?,” Esha sengaja menambahkan minyak di atas api yang kian marak. Memang kurang asam betul minah ni.
“Kau!!!,” Sally mengangkat tangan untuk menampar Esha.
Stop!!,” Sally tidak jadi meneruskan niatnya bila melihat Fakrul dan pengarah pemasaran, Pn. Nadia dibelakang Esha.
“Kenapa ni Sally? Awak kalau tak tampar orang tak boleh ke?,” soal Fakrul. Perempuan di hadapannya langsung tidak berpaling. Dia seakan kenal bentuk dan saiz tubuh itu. Tapi dia berharap benar telahannya tidak benar.
“Sayang, you tengoklah perempuan ni. Dia cari pasal dengan I,” adu Sally manja. Dia berjalan menghampiri Fakrul dengan lenggok menggoda. Esha mengangkat kening. Sayang? Amboi Fakrul, kau buat perangai lagi ya! Esha memusingkan tubuh  sambil tersenyum. Nadia dan Fakrul membutang mata melihatnya. Esha berpeluk tubuh melihat Sally bergayut manja di lengan Fakrul. Tak padan kau tipu aku kat luar, sampai kat pejabat pun kau tipu aku juga ya Fakrul. Tak padan ada bini, sibuk pula dengan betina lain. Sabar Esha.
“Tengku”
“Esha,” Esha hanya tersenyum sambil mengangkat kening. Fakrul cepat-cepat meleraikan tangan Sally pada lengannya. Sally menjungkit kening.
You kenal ke dengan minah ni, sayang?,” soal Sally ingin tahu. Fakrul tidak menjawab. Dia menelan liur.
Of course he know,” jawab Esha bagi pihak Fakrul.
“Cantik pakaian hang minah sarkas or should be I call you sarcas monkey like you called me 5 minutes ago. May I miss monkey? Ops, sorry,” Esha menutup mulutnya seakan tersilap cakap. Dia tersenyum sinis.
How dare you! Perempuan tak sedar diri!,” marah Sally makin memuncak. Dadanya turun naik menahan marah. Esha ketawa sinis.
“Perempuan tak sedar diri? Saya rasa title tu lebih sesuai untuk awak,” Esha menjungkitkan hujung bibir. Seingatnya, dia tidak pernah menjadi sesinis ini. Inilah kali pertama dia menjadi seperti itu. Sally mengacip gigi.
“Fakrul, you tengok tu! Dia kata I perempuan tak sedar diri!,” lengan Fakrul digoyangnya berulang kali tanpa diendahkan Fakrul.
Poor you. Where’s your manner, miss? He’s your boss. You should respect him like others. Hah… satu perkara lagi, jangan nak menggedik kat sini. Berbulu biji mata saya ni,” tempelak Esha lagi. Dia suka melihat muka Sally ketika marah. Dia kelihatan tua ketika marah.
“Fakrul!! I nak you halau perempuan ni!,” Fakrul hanya membatu.
“Sally, baik awak ke tempat awak sekarang,” ujar Nadia. Dia bimbang Sally akan berkata-kata lagi dan menggores hati Esha.
“Fakrul!!,” Sally tidak mengendahkan kata-kata Nadia sebaliknya dia menjerit memanggil Fakrul.
“It’s okay Nadia. I like watching her old face when she’s angry,” Nadia diam tidak terkata. Dia tersangat pasti Sally telah mengundang kemarahan Esha. Hati Sally makin membara mendengar kata-kata sinis Esha. Makin sakit hati bila Fakrul tidak mengendahkannya.
“Untuk peringatan awak cik minah sarkas, dalam peraturan Halesya Architecture, nombor 35 telah dinyatakan secara terang etika berpakaian. So…,”Esha berhenti seketika. Dia menggeleng kepala beberapa kali memandang Sally dari atas ke bawah. Dahi Nadia sudah menampakkan renik-renik peluh.
“Sekarang saya nak awak pergilah mana-mana kedai untuk tampal balik baju dan kain awak yang ter’koyak’ tu sebelum temper saya berubah jadi angin taufan. Kedai pakaian kat luar sana masih banyak lagi lebihan kain. Kalau tak cukup duit cakap dengan saya. Saya akan bayarkan. So, please,” Esha menunjukkan ke arah pintu keluar. Nadia mula risau akan kemarahan Esha nanti. Sally masih lagi tercegat. Bengang kerana ditempelak percuma oleh Esha.
Nadia, call the board. Meet me at meeting room. Now!,” Nadia menurut arahan yang telah diberikan.
“Hei, kau siapa nak mengarah orang?,” marah Sally.
“Awak diam Sally!,” Fakrul memarahinya kembali. Esha memandang wajah Fakrul tajam. Sally mendengus geram.
“Fakrul, you should tell her who am i. Even if I’m a customer, I don’t like she threat me or other customer like that. You should be sensitive about this problem before, Fakrul,” Esha memberi peringatan tegas. Fakrul pula mengambil keputusan mendiamkan diri.
“She’s the owner of the company,” Fakrul akhirnya bersuara. Riak pada muka Sally berubah serta merta. Rakan-rakan pejabat yang lain turut terkejut.
“I want to see you now. Personally,” sambung Esha pula. Dia berjalan ke bilik CEO dengan lagak selamba.
Watie right?,” sempat lagi Esha berhenti dihadapan meja setiausahanya yang baru hari ini bersua muka. Watie mengangguk.
Okay Watie. Saya nak awak pergi temankan minah yang memakai mini skirt tu ke kedai kain. Pastikan dia menukar pakaian kepada pakaian yang lebih sopan. Ni duit dua ratus ringgit. Selagi dia tidak tukarkan pakaian, jangan kembali ke pejabat. Kalau dia degil, suruh dia letak jawatan as soon as possible,” arah Esha sambil meletakkan empat keping not RM100 di atas meja Watie. Ternyata Esha serius dengan kata-katanya tadi.
Watie terpana. Dia memandang wang di atas meja, Esha dan Fakrul silih berganti.
“Tapi…”
Just do it,” Fakrul mula resah dengan kelakuan Esha. Dia mengekori Esha di belakang. Esha duduk di atas kerusi empuk itu.
“Awak nak saya ulang berapa kali Fakrul?,” tanya Esha sebaik saja melabuhkan punggung.
“Saya bagi awak dua pilihan. Sama ada awak tinggalkan Sally dan terus bekerja di sini ataupun awak letak jawatan. Kalau awak tinggalkan Sally, saya akan tukarkan awak ke cawangan lain,” Esha mula memberi kata dua. Dia kasihan melihat isteri Fakrul yang tertipu dengan lagak baik lelaki itu.
“Abang tak ada apa-apa pun dengan Sally. Dia terhegeh-hegeh nakkan abang,” Fakrul mula membuat alasan.
Just leave Sally away if you love your wife. Sorry, wives. Saya tak nak awak kecewakan mereka lagi terutama your first wife, Suri. Awak jangan ingat saya tak tahu Fakrul. I know it from top to bottom,” Fakrul menundukkan kepala. Dia sedar Esha akan ketahuinya satu hari nanti. Dan hari itu sudah tiba.
I’m sorry
Not to me. But your wives. Macam nilah. Let me settle it. You just accept it. No objection or else. Agree?,” Fakrul mengangguk setuju. Dia tahu keputusan yang dibuat Esha adalah untuk kebaikannya juga. Dan dia tidak pernah menipu dalam satu perkara, dia memang tiada hubungan dengan Sally. Hanya wanita itu yang tergila-gilakannya hingga menjaja cerita bahawa dia ada hubungan dengan wanita itu.
Syarikat Halesya architecture kini heboh dengan kehadiran CEO syarikat itu. Mereka tidak sangka hari yang di nanti selama ini tiba tanpa mereka sedari. Bahkan lembaga pengarah juga terkejut dengan kehadiran tiba-tiba itu.
“Matilah Sally kali ni,” rungut Hisyam sambil tersenyum senang. Dia lagi gembira kalau Sally tidak sebumbung dengannya. Dia banyak makan hati dengan sikap Sally yang berlagak seperti bos kerana menganggap Fakrul sebagai kekasihnya. Bahkan Fakrul sendiri tidak pernah melayan kerenah perempuan sewel itu.
“Kau ni Sham. Tak baik tau,” marah Salmi. Tak sangka hari ini akan menjadi mimpi buruk bagi Sally. Orang yang di ajaknya bertengkar itu rupa-rupanya bos besar. Memang tak selamatlah kau kali ni.

~BERSAMBUNG~

No comments: