Wednesday, February 22, 2012

UCAPKANLAH (3)


Esha memakirkan kereta dihadapan rumah sepupunya. Berkerut dahinya bila melihat kereta yang bersusun di bahu jalan. Yang menarik perhatiannya ialah orang ramai yang berkumpul di hadapan rumah ibu saudaranya. Tidak kurang juga di hadapan rumah ibunya. Sesuatu yang pelik sedang berlaku? Esha mengetuk kepalanya beberapa kali. Kot ya pun, jumpalah ibu dulu. Apalah aku ni, omelnya dalam hati.
Setelah mengunci kereta, Esha melangkah ke rumah ibunya. Dia membalas senyuman yang dihulurkan oleh sepupu-sepupunya dan juga orang yang dia tidak kenali.
Puan Ziah memaku langkah di muka pintu apabila menyedari kepulangan Esha. Terukir senyuman pada wajah tua itu. Mereka berbalas salam.
“Kenapa ramai sangat ni, bu?,” Puan Ziah hanya tersenyum. Masih ingin berahsia dengan anak bongsunya itu.
“Esha masuk dulu. Ibu nak ke rumah Mak Uda,” terkebil-kebil Esha apabila ditinggalkan begitu saja oleh ibunya. Dia mengangkat bahu. Dari muka pintu, dia dapat mendengar dengan jelas suara kakak-kakak iparnya. Dia terus memesong langkah ke ruang tamu. Dia bercekak pinggang.
“Amboi-amboi… kuatnya suara. Dari luar sana Esha dapat dengar suara kau orang. Dahlah balik sini tak bagitahu Esha!,” sergahnya geram.
“Eh… Esha!,” Norlela terus bangun apabila menyedari kehadiran adik iparnya itu. Tubuh Esha dipeluk erat. Esha membalas pelukan Norlela.
“Ya ALLAH, Kak Long. Makin cantik adik kita ni,” pipi Esha dicubit sekuat hati. Esha menjerit kesakitan. Gegak gempita ruang tamu dengan tawa mereka. Esha menggosok pipinya berulang kali. Selain Norlela, Nurin dan sepupu-sepupunya juga turut serta. Ada yang duduk bertimpuh di atas permaidani, ada yang duduk bertenggek di bucu sofa. Tangan Esha ditarik Norlela agar duduk di sebelahnya.
“Pandai Esha sorok dari kami ya. Terkejut sakan Kak Ngah bila tengok Esha dalam TV dua hari lepas. Live pulak tu. Rasa time tu juga Kak Ngah nak terbang jumpa Esha. Pandai ya simpan rahsia!,” Esha tersenyum simpul. Kecoh betul kakaknya ini.
“Esha tak nak buat kecoh la Kak Ngah. Masa Esha pegang syarikat tu, umur Esha baru 16 tahun. Sekarang boleh la… sebab Esha dah besar. Dah malas nak sorok lagi. Tak larat asyik kena kejar ngan paparazzi,” Norlela mengangkat kening pada sepupu iparnya tanda tidak percaya.
“Tak percaya, sudah. Esha tak paksa,” tempelaknya. Esha memuncungkan mulut.
“Akak gurau je la,” hidung mancung Esha ditarik lembut.
“Esha nak tau tak? Abang Long menjerit macam orang tak betul duk panggil Kak Long. Kak Long apa lagi, berlari macam tak cukup tanah. Takutlah juga Along tu kena sampuk. Bila sampai je, dia tunjuk kat TV dengan mulut ternganga. Kak Long macam orang dungu duk ikut apa yang abang nak. Melopong mulut akak masa tu bila tengok muka Esha dalam TV. Nasib baik tak masuk tahi cicak dalam mulut,” pecah berderai tawa mereka bila Nurin menceritakan reaksi Noor Izlan. Esha menggelengkan kepala. Macam-macam cerita yang keluar kerana wajahnya terpapar di dalam televisyen. Haru betul.
“Apa yang bising-bising ni?” sergahan Norsyarmila mematikan tawa mereka.
“Eh… Kak Lang pun balik juga. Kenapa ramai sangat ni?” Esha mengulang kembali soalan yang dituju pada ibunya tadi kepada kakak-kakak iparnya. Mereka terpinga-pinga melihat reaksi Esha.
“Esha tak tahu ke?”
“Tahu apa?” soal Esha kembali.
“Ibu buat kenduri untuk Esha dan Az..”
“Az balik?” pantas Esha menyampuk. Mukanya berseri-seri bila mendengar nama insan yang disayanginya.
“Sayang…,” panggilan lembut itu membuatkan Esha berpaling. Dia kenal suara itu. Jejaka bertubuh sasa dan tinggi lampai itu direnungnya.  Jejaka itu tersenyum lalu mendepangkan tangannya. Spontan Esha berlari dan memeluk tubuh sasa itu. Pipi jejaka itu dikucup berulang kali.
“Az…”
“Ya sayang. Az dah pulang,” pelukan keduanya makin erat. Azriq mengucup kepala Esha. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia merindui insan yang berada dalam dakapannya ini.
“Suka tak Az balik?” Esha mengangguk laju. Pelukan dilerainya. Dia merenung wajah bersih itu.
“Kenapa tak bagitahu Esha yang Az dah balik? You know how much I miss you? I miss you like crazy,” Esha melingkari tangannya pada leher Azriq manakala Azriq memeluk erat pinggangnya.
“I miss you too, honey and I love you,” meleret senyuman Esha. Sungguh dia menyayangi Azriq sepenuh hatinya.
“Sikit-sikit dah la. Hish… tak malu la dia orang ni. Suruh ibu nikahkan kamu hari ni baru tau,” Nurin menguatkan suaranya lantas mematikan drama di depan matanya itu. Esha dan Azriq tersengih memandang ‘penonton’ tak rasmi mereka.
Azriq menarik Esha duduk di pangkuannya. Esha hanya menurut.
“Kamu ni… langsung tak boleh berpisah ya! Risau akak tengok,” Nurin memandang mereka pelik. Memang sah kalau tak melekat budak dua orang ni.
“Yalah. Suruh kahwin, masing-masing tak nak. Tapi perangai… Ya ALLAH Ya RABBI,” Esha memekakkkan telinga. Dia tahu kakak-kakak iparnya sengaja berkata begitu. Macamlah mereka tidak tahu perangainya dan Azriq. Sengaja cari helah nak kenakan mereka.
“Hmm… sepadan,” ujar Syarmila, anak Mak Andak mereka. Azriq menaikkan kening pada sepupunya bila dipuji begitu.
“Esha penat tak?” tanya Azriq lembut. Dia mencium bahu Esha diribaannya. Esha mengangguk manja.
“Sikit,” kepalanya disandarkan pada dada Azriq. Azriq senang begitu.
“Kalau ada si Az ni, automatiklah penat si Esha ni hilang,”sela Norlela. Bukannya dia tidak tahu perangai keduanya. Walau penat macam mana pun, mereka senang bersama-sama dan berkongsi masa terluang dengan berborak. Tidak boleh dipisahkan. Nak tengok mereka bergaduh, macam tunggu bintang jatuh dari langit. Susah sangat-sangat.
“Kita keluar makan nak tak? Az lapar…,” rengek Azriq di telinga Esha.
“ Makanan kat dapur tak siap lagi ke?”
“Az nak berdua dengan sayang. Kita keluar ya?” Esha merenung muka polos itu sambil tersenyum. Dia mengangguk laju.
“Ni apa ni duk bisik-bisik? Besar sangat ke rahsia tu?” tempelak Norsyarmila.
“Kami nak keluar jap. Berdua!” Azriq menekankan perkataan berdua memberi isyarat mereka tidak mahu diganggu.
“Eleh…,” riuh ruang tamu dengan sorakan sepupu-sepupu mereka. Merah muka keduanya.
“Esha nak mandi dulu. Az tunggu kejap. Esha nak bagi sesuatu. Kejap ya,” Azriq tersenyum sambil mengangguk. Dia mengekori langkah Esha hingga gadis itu hilang ke dalam bilik.
Tidak sampai lima minit, Esha keluar dengan beg plastik ditangan lalu dihulurkan pada Azriq.
“Pakai ya,” Esha mengenyit mata sebelum berlalu. Azriq terkesima melihat aksi spontan itu. Dia menelan liur. Dia terpesona dengan kenyitan itu. Tidak sedar aksinya diperhati oleh sepupu-sepupunya. Masing-masing sudah lama menyimpul kemas kesimpulan yang dibuat mereka lama dahulu bahawa Esha dan Azriq mempunyai satu hubungan yang istimewa tetapi sengaja tidak dihebohkan dan dinafikan jika ada yang bertanya. Aneh sekali tingkah mereka berdua. Mereka akan menunggu sehingga kedua-duanya membuka sendiri rahsia hati mereka.

~Bersambung~

No comments: